pengikut pemudattbc

Jumaat, 15 Julai 2011

Ada Apa Dengan Kalimah Cinta

Di pagi jumaat ini, aku menulis CINTA.Apa yang memain di dalam fikiran aku semalaman , adakah aku sudah dilamun cinta. Fikiran ku terus melayang ibarat burung-burung terbang riang tatkala mendapat makanan.Itulah aku ketika aku memikirkan tentang CINTA.Ingin aku memejam mata tatkala bayang-bayang si dia muncul di dalam kegelapan . terbuka semula mata ku.

Apakah perasaan ini, sudah lama dikau tak hadir di dalam diriku.Mengapa dikau hadir semula. Cinta bukan perkara yang boleh ditafsir dengan kata-kata manis sahaja. Adakah Dia turut merasakan perasaan ini. Aku harap Dia akan terus mengabdikan Cinta kepada Yang Satu daripada Cinta kepada diriku sahaja. Aku bukan lelaki yang terbaik untuk dirimu.Jangan lukakan perasaan ku lagi wahai cinta, kerana aku sudah lama terluka dengan dikau Cinta.

Pagi ini suasana damai ditemani awan memeluk sang mentari dari memancar cahaya sang alam. Adakah ia monolog kepada diriku sedang dirundum dengan masalah ini.Jiwa aku tak tenang daripada semalam lagi. Oh !! perlukan dikau hadir dalam kehidupan ku wahai cinta.Cinta aku perlu berkata-kata dan perlu berhadap dengan mu wahai cinta.Setiap kali aku ingin berkata-kata, dikau terus pergi jauh daripada aku.

Awak. kenapa awak suka terhadap saya?Apa kelebihan saya yang menarik hati awak nak bercinta dengan saya. Saya harap awak simpan dulu cinta ini daripada hadiah kepada saya. Saya tak bersedia lagi dengan cinta yang awak.Pabila ku berkata demikian dia terus mendiam diri daripada ku. Merajuk diri bukan penyelesaian masalah ini. Jangan merajuk, saya tak pandai dalam bab pujuk-mujuk ini.Awak kena fahami kerana Allah telah berfirman :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." 24:30

Saya harap awak memahami apa yang tuhan telah berikan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Rasa cinta terhadap adam dan hawa adalah lumrah kehidupan kita.Awak , jika ada jodoh di antara kita. Insha Allah ia menjadi satu hadiah terbesar di dalam hidup awak dan saya. Halusi ayat surah An-nur

"perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang" [24:26]


Saya harap awak lebih baik dari semalam. Insha Allah.. ^_^V





p/s:Ini monolog dalaman Naim sendiri. Kalau korang baca , korang akan faham k... :P
 

9 comments:

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

Naim, kata kat dia ada jodoh tak kemana, insyaAllah.. Akak doakan yg terbaik buat Naim, klu jodoh dh smp nikah je la.. hehe..

nampaknya adik2 kawen dulu dr akak ni, semoaga berbahagia semua :)

NauRah aLwaNi berkata... [Reply to comment]

saya faham.. ;D

yatie Awang berkata... [Reply to comment]

cinta, sebagai insan kita juga perlukan cinta Adam dan Hawa, kalau ia hadir kenapa harus tolak, kalau kita pernah kecewa, kita bangkit lagi, InsyaAllah...cinta sejati antara insan akan menjelma

naim berkata... [Reply to comment]

@Jue AbdRahman

haha

Naim angan2 jerk akak jue. :P

naim berkata... [Reply to comment]

@NauRah aLwaNi

tudia. dah matang.. :P)

naim berkata... [Reply to comment]

@yatie Awang

maksud akak. naim harus menerima cinta si dia?

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

@naim

karate naim ni kang.. haha

yatie Awang berkata... [Reply to comment]

kalau dia jujur mahukan cinta Naim, kenapa perlu naim tolak, cinta tu, datang sendiri, tak perlu kita paksa kan? kalau naim juga boleh terima dia,it's ok...

kalau nak difikirkan Naim, bukan lelaki terbaik buat dia, itu bukan urusan kita DIA yang menentukan...

zunita berkata... [Reply to comment]

Fitrah manusia akan ada rasa cinta dlm hati, jadikanlah cinta itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Cinta itu anugerah Allah,bila2 masa DIA akan berikan pada kita, jadi jagalah ia sebaik mungkin, jangan kita cemarkan rasa itu sehingga kita berbuat dosa.

Entry Paling Best

--------------