Fitnah - Ical Mosh

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 10, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Apa khabar anda semua pada hari Jumaat yang barokah ini. Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah di mana-mana anda semua berada sekarang. Semoga dengan mensyukuri nikmat Allah berikan kepada kita , semua akan berada baik-baik sahaja. Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad , semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.

Pada pagi ini, Naim nak share satu video dari penyanyi Ical Mosh. Sebenarnya Naim tidak mengenali siapa beliau ini. Akan tetapi lagu beliau bertajuk FITNAH sangat menarik dari segi lirik yang  memberi satu gambaran kepada FITNAH AL MASSIH DAJJAL. Sebagai orang Islam kita beriman kepada Qada dan Qadar Allah. Dajjal ini akan tiba masanya, dia akan mengaku kepada dirinya TUHAN. Jika iman tidak kuat kita akan HANCUR katanya dia TUHAN.

Jom lihat lirik dan video klip :-

LIRIK

Dia kan muncul di tanah gersang
Bersama tujuh puluh ribu askar sedap hadap perang
Sekelian alam terpinga-pinga
Dari Khurasan mereka berjalan keliling dunia

Terbit mentari bukan terbit yang biasa
Tanah kering kontang kemarau panjang alam yang binasa
Kita lemah longlai dia tu raja penipu
Pabila dia keluar kurung dan ikatlah isteri dan anak perempuanmu


Tepuklah dadamu masihkah ada iman?
Masa sedang berjalan
Apa yang kau bekalkan?
Tepuklah dadamu tanya siapa kita?
Tujuan di dunia
Siapa Sang Pencipta?

Ini zaman ftnah ini zaman fitnah
Ini zaman ftnah ini zaman fitnah
Ini zaman ftnah ini zaman fitnah
Ini zaman ftnah ini zaman fitnah
Ini zaman ftnah ini zaman fitnah x2 

Ada seorang pemuda yang sangat beriman
Dia tak gentar berani mati syahid dan sedia berlawan
Lalu keluar dari persembunyian
Mahu menentang walau di pesan jangan
Lalu pergi menghadap orang yang mengaku dirinya tu tuhan

Badannya di belah terpelantimg kiri dan kanan
Terkulai badan layu tak lagi bernyawa lalu di hidupkan
" Baik kau mengaku aku ini tuhan"
"" Hey, kau lah Dajjal! Makin ku yakin kau lah Dajjal.
yang  dipesan oleh utusan yang terawal ""


*** 3

*** 4 x2

Hari pertamanya bagaikan setahun
Jangan mengelamun
Semua tertulis di dalam Hadith jadi cepat bangun
Ini bukan dusta, bukan rekayasa,
Bukan dongeng buka topeng
Ini kisah nyata

Datang Isa A.S baginda turun di tanah bumi Syam
Memimpin semua umat manusia
Waktu tu bumi seakan bernyawa
Dajjal pun lari, lari ketakutan bersama semua pengikut
Lalu Dajjal dan semua yahudi di bunuh di Kota Bab Lud

*** 3


***** 4

VIDEO 


Bagi Naim, lagu sebegini ramai tidak akan memahami secara zahir , kena di selami  ketika berfikir secara dalam . Oleh itu, kepada semua umat Islam jangan duduk lena lagi. Umat Islam kena bangun daripada lena yang panjang. Takut di tibanya DAJJAL akan menyembah dia dan secara totally kita dah menduakan Allah. Ingatlah wahai umat Islam sekarang sudah zaman fitnah. Masa Dajjal tidak muncul lagi pun, Umat Islam lebih puja kepada artis-artis walhal Nabi Muhammad pun kenali.


SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS