pengikut pemudattbc

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ustaz Kazim-Tanda-Tanda Mendapat Hidayah





Salam alaik. Sebelum lena. Naim nak berkongsi sedikit mutiara ilmu yang ustaz kazim beri tadi dekat Masjid Bukhory Alor Star.  Allahu akbar!!!. Sebentar tadi, ustaz menjelaskan tanda-tanda orang mendapat hidayah.

Orang yang mendapat hidayah ini selalu memikir pasal ibadat. Selalu nak pahala sebaik mungkin. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 22

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar 39:22)"

Ustaz juga menerangkan orang yang mendapat hidayah ini seperti di atas cahaya. Subbna Allah.Orang mendapat hidayah ini akan mendapat kemanisan iman. Kemanisan iman terbahagi kepada tiga iaitu

1)Redha Allah sebagai tuhan
-Selalu pandang baik  pemberian tuhan.

2)Redha Islam sebagai agama

3)Redha Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul.
-Rindu akan rasullullah, nak shafaat di akhirat kelak dan buat sunnah Rasullullah.

Kembali kepada Tajuk.Ustaz senaraikan 3 point tanda-tanda orang yang menerima  hidayah daripada Allah iaitu

1)Menjauhi benda dunia(maksiat)
-Semakin jauh daripada berbual kosong(mengumpat).

2)Sebut pasal pahala berebut nak dapatkan pahala.
-Bila tabung sedekah lalu depan mata, terus ambik duit dalam poket terus sedekah.

3)Mempersiapkan diri untuk mati
-Orang yang ingatkan mati.Dia akan selalu buat amalan untuk bekalan akhirat kelak.Kalau kita berhutang dengan orang. segera bayar.

Semoga manfaat kepada anda. Walaupun tak banyak. Amalkan satu perkataan sudah ok.. 

Wallahualam

p/s: Wajah Ustad Kazim tadi..






kredit: sahabat naim

15 comments:

Santri T.P.I.N.I berkata... [Reply to comment]

usraz kazim memang best...! terbaik

Jaedie berkata... [Reply to comment]

ustaz kazim bagi ceramah sangat best! :D

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

tq naim.. dpt gak sikit ilmu walaupun x dpt dengar live

EJA berkata... [Reply to comment]

syuqran jazilan atas perkongsian..

wahh bestnya dpt tgk ustaz secara real :)

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

aduhaiii
moge tergolong dlm golongn ini =]

nurul berkata... [Reply to comment]

SALAM..thanq -)

Nurul Farhanah berkata... [Reply to comment]

Salam'alaik naim.

Terima kasih atas perkongsian. Tumpang tanya ye, bukan ke sebelum ni ustaz kazim sakit teruk?

Terkejut jugak ni. Alhamdulillah bila tengok beliau dah sihat ^^

amny berkata... [Reply to comment]

kemanisan iman :) teringat belajar time form5 dulu....

thnx 4 da sharing :)

naim berkata... [Reply to comment]

@Santri T.P.I.N.I

Memang terbaik.. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@Jaedie

Ya benar sekali

naim berkata... [Reply to comment]

@Jue AbdRahman

sama-sama akak. semoga manfaat

naim berkata... [Reply to comment]

@EJA

afwan alaik

:)

naim berkata... [Reply to comment]

@nurul

wsalam. sama-sama

naim berkata... [Reply to comment]

@Nurul Farhanah

wsalam

ya.. sebelum ini sakit,sekarang dah baik.. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@amny

sama-sama Amny

Entry Paling Best