pengikut pemudattbc

Isnin, 28 November 2011

Azam Baru 1433

Assalamualaikum dan selamat pagi. kepada sesiapa yang belum join google+ pemudattbc, bolehh klik di bawah:-

http://pemudattbc.blogspot.com/2011/11/google-pemudattbc.html 

Berbalik pada tajuk,Jika bercakap pasal azam mesti kena tahun masihi .Kenapa dengan tahun masihi.Best sangat sambut tahun masihi sehingga sambutan tahun hijrah macam hambar sahaja di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Jika di awal  muharram kita akan berarak ke dewan mendengar alunan quran dan nasyid. Lepas itu di beri tokoh Maal Hijrah.Adakah sambutan Hijrah hanya setakat itu.Sama sekali tidak betul, jika kita masih campur aduk zahir dan batin di dalam kehidupan kita.

Semalam korang tengok tak berita di tv9 di mana seorang graduan kalau tidak silap sanggup kelar leher seorang ibu yang tidak berupaya.Di malam tahun hijrah gejala mat motor dengan aksi berani tambah nak mati.Dimana suara-suara membenteras gejala mungkar ini.



Kita hendak salahkan kepada siapa,lebih kita salahkan diri sendiri terlebih dahulu kerana diri kita banyak dosa kepada Allah.Kita lawan suruhan Allah.Allah cakap tutup aurat itu wajib,kita jawab muda lagi.Pelbagai suruhan Allah kita langgar macam ia perkara biasa sahaja. Pabila Allah datangkan musibah pandai pula nak ingat Allah.Boleh solat hajat untuk elakkan perkara tidak baik ini.Jika tak ada , macam-macam perkara kita lupakan.

Bermula azam 1433.Kita buka lembaran baru,kita berazam beribadat kepada Allah 100%.Tidak melanggar larangan nya.Taat kepada ibubapa kita.Hormati orang lebih tua.Semoga usaha kita kepada kebaikan akan di redhai oleh Allah swt.Kita niat apa yang kita lakukan hanya mengharap keredhaan Allah bukan balasan daripada manusia semata-matanya.Dimanakah ganjaran kebaikan yang kita lakukan di dunia ini, insha Allah di akhirat kelak sebagai balasan kebaikan di dunia. Insha Allah.

Jom kita berazam baru!!



Wallahualam.

5 comments:

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

sebenarnya azam ni, tak tunggu hari2 tertentu, setiap hari kita sedar dari tidur, itu adalah hari baru buat kita, jadi kita boleh berazam hari2 untuk menjadi yang lebih baik

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

insyaAllah, thn ni berazam nk jd lg baik dr dl, akak takmo sedih2 lg, nak bersemngat blk :)

aimaniman berkata... [Reply to comment]

salamtahun baru dik.. btul dik kekadang rasa macam dingin je sambutan thn baru kita kan... bab tahun baru masehi, sanggup x tdo nak countdown... k.. salam folo sini jugak

LadyBird berkata... [Reply to comment]

insyaAllah naim.. tahun baru ni akak nak jadi belajar balik.. doakan akak berjaya dlm temuduga.. :)..

Acik berkata... [Reply to comment]

menjadi insan yg lebih baik ... Amin!

Entry Paling Best

--------------