pengikut pemudattbc

Selasa, 3 Januari 2012

Adakah Benar Amalina Seperti Itu, Atau Fitnah Semata-mata?

Sekarang heboh pasal Amalina yang dikatakan 'liar' di luar negara. Adakah berita yang tersebar di laman-laman sosial dan blog adakah benar semata-mata.Naim bukan hendak membela perilaku hamba Allah ini yang duduk di negara barat.Yang cara hidup mereka yang tidak islamik pun di sana.Tetapi kita yang mengamal cara hidup Islam 100% kenapa tak periksa dari bawah.Kerana Allah berfirman di dalam surah Hujurat :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

Sudah jelas firman Allah di atas.Kekadang kita seronok dapat mencipta satu tajuk yang menarik untuk menjadi tatapan umum, di waktu sama menjadi saham dosa kepada diri kita secara halus dan bermujarab.

Jika benar hamba Allah ini sudah berubah cara hidup beliau, kita wajib membawa kembali kepada jalan yang lurus.Kerana beliau sudah berada di landasan salah kerana di situasi 'kejutan budaya'.Kerana mereka tidak cukup iman di dalam mereka untuk berada di negara-negara bukan Islam dan tidak mengamal cara hidup Islam.

Kerana mereka tak cukup iman? Apa itu,Sebenarnya ini peranan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai islam kepada diri pelajar yang akan di hantar ke negara-negara yang bukan Islam dan tidak mengamal cara hidup islam kerana di sana kehidupan mereka sangat bebas dan pendakyah agama kristian sangat pandai tarik golongan pelajar seperti hamba Allah kepada agama mereka.Bukan tidak tahu yang banyak pelajar islam sudah terbabas di landasan sesat.

Banyak manusia lebih suka hantar anak-anak mereka di luar negara kerana kualiti belajar di luar negara jauh lebih baik di Malaysia,benarkan, Wallahualam.

Akhir entri ini, naim menyeru kepada sahabat-sahabat semua, sila delete gambar-gambar yang mendatangkan aib kepada hamba Allah ini. kalau hendak letak gambar hamba Allah. Letaklah yang sopan,Tutup aib hamba ALlah ini

Kita berdoa, agar beliau kembali kepada Islam jika beliau sudah terbabas di landasan Islam.


Wallahualam.

6 comments:

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

hari ni dengan semalam...boleh kata kebanyakkan blog tulis pasal ni...tapi akak tak komen satu pun, tak mahu cakaplah benda2 yg tak sahih ni..

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

emmm..kdg2 kite x taw keadaan sebena dia kat sana
yg lbh terbaik, berdoalah sesama supaya terjaga keselamatan dia lua dan dalam :))

Ckin Kembaq berkata... [Reply to comment]

betul tu..harap ianya bukan benar..siapa yang nak tarik dia? fikir..fikir..fikir..

LadyBird berkata... [Reply to comment]

akak sangat2 bersetuju..

kalau benar die dah berubah.. bukan hak kita untuk mengutuk dan mendedahkan keaibannya..

ujian Alalh ni berlainan..

sama2lah kita saling meneguri, memperingati, mendoakan..

bukan saling mengutuk..

airkosong berkata... [Reply to comment]

SBNRNYA KITA XTAHU MENAHU DAN MEMAHAMI PON SITUASI BELIAU(AMALINA). APAKAH KITA PENAH BERPELUANG BERADA DI SANA? PADA SAYA,CARA HIDUP SANA BERBEZA. APATAH LG MASYARAKAT MEMANDANG SERONG GOLONGAN ISLAMIK DAN VERSIKAP 'BIAS' TERHADAP GOLONGAN BERTUDUNG2 NI. KENAPA SEGELINTIR KELIHATAN MEMBURUK2 KAN BELIAU? APAKAH PERBEZAAN BELIAU DENGAN REMAJA2 SEANGKATAN DENGAN BELIAU DI MALAYSIA YG LEBIH TERUK DR BELIAU? MASALH SOSIAL, MINUM ARAK,CLUBING ETC...
APAKAH KERANA BELIAU SUATU KETIKA DAHULU SGT 'FEMES', MAKA GAMBAR BELIAU SEBEGITU KINI DIHENTAM TERUK OLEH SEGELINTIR MASYARAKAT KITA? KITA XBOLEH MENAFIKAN HAK BELIAU UTK BERKAWAN ATAU SEKADAR MENCARI HIBURAN. HARUS DIINGAT, BELIAU DI SANA MENGAMBIL 2 COURSE SEKALI GUS; DAN HINGGA SEKARANG, BELIAU TELAH MENGHASILKAN BUKU SENDRI UNTUK KEGUNAAN PELAJAR DAN LECTURE2 DI SANA SENDRI.

Acik berkata... [Reply to comment]

uh, sebenarnya saya saspen gak nak tulis sal Amalina tp banyak artikel blog yg saya baca mengutuk dia. kesian ... semoga kita diampunkan! semoga Amalina dilindungi ...

Entry Paling Best

--------------