pengikut pemudattbc

Jumaat, 26 April 2013

Tika Hari Ini

Hari ini hari penghulu segala hari iaitu hari jumaat. Kekadang cepat terasa hari bersiling ganti rasa semalam baru berjumpa hari jumaat.Bagaimana hari jumaat anda, adakah lebih baik jumaat yang lepas atau sama sahaja.



Kekadang kita memerlukan ketenangan daripada zahir dan rohani. Mnausia dicipta untuk beribadat kepada tuhan . Tetapi ada manusia bertuhan berpaksi kepada manusia semata-mata .Mereka buta mata, buta hati .Mari renung sebentar.Bagaimana dunia ini tiada isi sama ada haiwan, tumbuh-tumbuhan hanya manusia semata-mata . Mesti hidup laksana gurun sahara menanti hadir hujan pertama kali untuk membasahi bumi yang kering kontang.

Berapa manusia hadir dikala malam hari untuk ketemu Tuhan sekalian alam.

Hadir mu sebagai pengganti
Hadir mu bsegai kekuatan
siapakah aku di hadapan mu
aku sering membawa dosa-dosa 
yang masih terbalas 
angkara alpa dan noda



Tunjuklah kami jalan lurus-surah al-fatihah. Kepada Allah kita berpaut dan kepada Allah kita berdoa semoga kita tidak terbabas daripada tali agama Islam yang addin. Ramai manusia  beragama Islam hanya mengakui dirinya Islam tetapi zahirnya berpakaian secara barat, hidupnya berpaksi barat dan bergaul pun berpaksi barat.Sedangkan Islam sudah mengajar apa halal dan haram. Bukan mereka berkata

"Dunia masih belum kiamat, buat apa taubat"

Tak kurang berkata, 

" Yang penting kita enjoy"

Yang menerima bala daripada Allah bukan pelaku dosa semata-mata sekalian alam akan merimanya. 

Apakah solusi kita seterusnya? Adakah sama siri drama di kaca tv?

Wallahualam.

1 comments:

Kak Tie berkata... [Reply to comment]

jumaat juga hari yg ditunggu2 sbb esoknya cuti..:)

Entry Paling Best

--------------