Sebelum tidur kita amalkan doa ini semoga manfaat kepada semua. Insya Allah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
اَللّهُمَّ
إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى
مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى
دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.
فَوَثِّقِ
اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا،
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا
بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا
بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ
وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ.
Terjemahan:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau
mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
syari'at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan
kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan
jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya
Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah
hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika
Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para
syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah
permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi
Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."
Wallahualam
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: