Cek Pertama Dari Google Adsense

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 22, 2024
 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua di dalam rahmat Allah selalu. Malam ini rasa sejuk kerana petang tadi hujan di kawasan rumah Naim.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, pada bulan 10 baru-baru Naim menerima sepucuk surat daripada luar negara iaitu pihak Google telah menghantar cek daripada Google Adsense. Hati sudah bebunga kerana ini gaji pertama  Naim terima sejak aktif dunia blogging sejak 2010 sehingga 2024. Dan cek itu di simpan sampai satu tarikh  14 November yang lepas.

Naim terlupa untuk pergi bank semenajk menerima cek tersebut. Kerana sibuk dengan urusan peribadi. Mula buka youtube bagaimana hendak cash deposit cek tersebut. Lalu jumpa video tersebut, Naim mula ikut langkah-langkah di sarankan seperti menulis nama diri kita seterusnya nombor akaun dan no phone kita di belakang cek tersebut.

Pada hari Jumaat iaitu 15 November 2024, Naim terus pergi bank di yang berdekatan di rumah Naim . Setiba di bank tersebut, terus pergi mesin cek deposit untuk masukkan cek dari Google Adsense. Sebelum masukkan cek tersebut, cek sekali lagi di belakang cek takut ada maklumat tertinggal. Seterusnya Naim masukkan cek tersebut, tiba-tiba cek tersebut keluar balik dari mesin . Gelabah juga, mungkin silap masuk, sekali Naim mencuba masukkan cek tersebut.Akhirnya sama sahaja , cek tersebut keluar balik. Perasaan kecewa muncul melihat cek tersebut tidak masuk di dalam mesin tersebut.

Maka Naim balik ke rumah, dalam perancangan hari Isnin mendatang  , mesti datang ke bank kembali dan bertanya kepada pegawai bank tersebut. Pada di nanti-nantikan sudah tiba, pada hari Isnin  18 November 2024. Naim datang balik di bank . Lalu ke kaunter pertanyaan tentang cek dari Google Adsense. Pegawai bank  berkata cek dari luar negara tidak boleh masuk ke  mesin tersebut. Beliau menyuruh berjumpa dengan pegawai bank seorang lagi.

Hampir 20 minit menunggu pegawai bank , pegawai bank memanggil Naim dan bertanya apa urusan, Naim memberitahu mempunyai cek dari luar negara dan beliau menerima dan tunggu lagi dalam masa 20 minit . Datang pegawai ketiga dan menanya ini cek daripada mana, lalu Naim menerangkan ia datang  Google Adsense. Lalu dia bertanya lagi, buat apa dengan Google Adsense ini, Naim bagi tahu, Naim menulis blog. 

Gaya pegawai bank tersebut blur apa yang Naim sampaikan, dan pegawai sebelah beliau menyuruh beliau dokumentasi maklumat seperti di dalam fail bank. Seterusnya pegawai lelaki menyuruh Naim duduk sebentar..Selepas  15 minit  urusan tersebut selesai. Rasanya sebulan kot atau lebih daripada sebulan.Baru  boleh merasa duit daripada Google Adsense.

Jika duit sudah masuk di dalam bank, Naim cerita di sini kembali pada entri seterusnya Insha Allah. 

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. tahniah kerana dpt hasil adsense. susahnya nak clear check skrg. Mujurlah abe kie guna western union. duit hasil asdsense tu masuk terus ke dlm akaun Maybank. X yah susah pi bank bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Abam Kie, Naim ingat mudah sahaja. Saja Naim mencuba kaedah ini. hehe

      Padam
  2. Tahniahhh! Oo.. Macam Nona, tak gi bank.. Google Adsense anto melalui online, PayPal acc.. Haritu setting gitu.. surat je hantar ke rumah.. cuba check balik email.. memang pilih transfer duit cara gitu ke...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Naim pilih hantar check . Nak tengok bagaimana proses dari pihak bank sama . hehe

      Padam
  3. naim, bila baca penulisan naim ni kan.. sama macam muda remaja dulu2.. :D

    naim dah kawin kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaka Kak, dah lama style Naim ini kak, hehe. Saya belum lagi kawen haha

      Padam
  4. Kalau guna cek, leceh sikit. Sebab tu saya guna wire transfer (online). Dalam masa 3 hari duit masuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro, saja aku nak try cara old schoo cikit haha

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS