10 Manfaat Berselawat Kepada Rasullullah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 31, 2020


 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta pada hari minggu ini. Semoga di kala istirihat bersama keluarga tercinta ini dapat merapatkan silatulrahim antara satu sama lain. Dan waktu yang sama jangan di lupa berselawat kepada Nabi Muhammad kerana banyak manfaatnya.

Pada hari ini, Naim hendak share 10 Manfaat Berselawat kepada Baginda Rasullullah. Ini Naim ambil dekat facebook Ustaz Mustaffa Kamal. Jom kita ambil manfaat bersama-sama 

1. Mematuhi perintah Allah Ta'ala.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ merupakan perintah Allah (di dalam Alquran), meskipun berbeda makna antara selawat yang dari kita (umat Nabi) dan selawat dari Allah. Selawat kita bererti doa dan permohonan, sedangkan selawat dari Allah bererti pujian dan pemuliaan.

3. Sesuai dengan apa yang dilakukan oleh para Malaikat.

4. Orang yang berselawat satu kali mendapat balasan sepuluh selawat dari Allah Ta'ala.

5. Orang yang berslawat mendapat peningkatan darjat sepuluh kali.

6. Baginya dicatat sepuluh kebajikan.

7. Dihapus sepuluh amal keburukannya.

8. Doanya dapat diharap akan terkabul, kerana selawat akan memanjatkan doanya dan menghadapkannya kepada Allah Rabbul-'alamin. Sebelum orang yang berdoa berselawat lebih dahulu, doanya berhenti tergantung di antara bumi dan langit.

9. Dapat menjadi sarana untuk mendapat syafaat Nabi jika selawat itu disertakan doa mohon wasilah, atau diucapkan tersendiri.

10. Selawat merupakan sarana untuk memperoleh ampunan dari dosa.

Dari kitab:
Terjemah Syaraf Al-Ummah Al-Muhammadiyyah karya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hassani.


Alhamduillah, Naim harap kita semua tidak lekang untuk berselawat kepada Nabi Muhammad kerana banyak manfaat kepada jiwa-jiwa hamba kepada kita semua. Insha Allah.



SHARE 3 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS