Assalamualaikum semua, Hari ini 27 Ramadan 1446 Hijrah dan Ramadan bakal meninggalkan kita semua untuk tahun 2025 Masihi. Tahun hadapan Ramadan kembali dan kita tidak pasti akan bersama dengan Ramadan atau di jemput oleh Ilahi.
Ramadan tahun ini rasa cepat berlalu sehari demi sehari. Dengan cuaca sangat panas terutama di Negeri Kedah Darul Aman. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan tahun ini di terima oleh Allah. Insha Allah. Sahabat-sahabat semua di samping kita mengejar kepada Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelma , marilah kita check kembali apa kita lakukan sepanjang Ramadan tahun ini.
Majoriti masyarakat menyambut Ramadan sebagai bulan adat , ada masyarakat lebih kepada menyambut bulan memberi lipat ganda ganjaran pahala. Asbab itu manusia yang kejar Ramadan sebagai bulan adat sekadar beroleh lapar dan dahaga sahaja.
Baru-baru ini , Naim terlihat satu video di aplikasi TikTok yang mana ada orang tidak puasa tanpa rasa malu muat naik video membeli makanan di Bazar dan kemudian makan di dalam kereta . Masya Allah, apa hendak jadi masyarakat akhir zaman ini . Sudah tiada adab di bulan Ramadan. Itu tak kira lagi peniaga yang berniaga di Bazar Ramadan. Makan di bawah meja ketika orang tak berkunjung di gerai. Masyarakt makin rosak dengan budaya yang tidak sihat sebegini.
Demi konten untuk media sosial, masyarakat ibarat sampah yang membusuk tanpa di tanam di dalam tanam. Berulat dan bau kurang menyenangkan. Kita berdoa supaya Allah memelihara kita semua daripada musibah dan bala. Amin!.
27 Ramadan adalah hari yang sangat berkah kerana ia jatuh pada Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Marilah kita panjatkan doa kepada Allah , agar Allah memberi kesihatan yang baik, memberi rezeki yang berkah lagi halal dan di jauhi segala beban hutang dan stress di dalam kehidupan harian. Semoga yang mana sakit di beri kesembuhan dengan berkat bulan Ramadan dan berkat Nabi Muhammad. Insha Allah.
Kerinduan kepada Ramadan bakal berakhir akan tetapi kebersamaan Ramadan selama satu bulan memberi bekas kepada diri kita semua sama ada amal dan ibadat kepada Allah. Semoga Allah memberi ganjaran pahala seperti seribu bulan , Insha Allah. Jom lipat ganda amalan.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: