Assalamualaikum semua, Alhamduillah pada Sabtu lepas iaitu 12 Julai 2025. Naim bersama penduduk kampung sertai Kacau Bubur Asyura di masjid dalam kampung Naim.
Ini tahun kedua Naim sertai bersama penduduk kampung Naim. Ini acara tahunan anjuran Masjid di kampung Naim. Majlis ini berjalan dengan lancar. 5 kawah bubur asyura melibatkan 5 kampung di bawah kariah masjid .
Naim datang seawal pukul 9 pagi untuk bersama-sama penduduk untuk gotong-royong. Bubur Asyura Utara berbeza dengan bubur asyura negeri lain. Jika di utara kebanyakan bahan yang di masukkan di dalam bubur asyura seperti ubi keledek, jagung, pisang, kacang merah dan kacang kuda.
Aktiviti sebegini dapat memupuk ukhwaah antara muda dan tua dan saling bekerja sama melakukan kerja. Jika sahabat-sahabat nak resepi Bubur Asyura Utara , google sahaja. Naim faham setiap bubur asyura berbeza.
Jika berbeza, mai komen di bawah.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: