Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Memang lama Naim tidak menulis di dalam blog tercinta ini. Memang kena Keluar Sarang di awal tajuk entri ini.
Apa khabar sahabat-sahabat semua, Yang pasti pageviews agar menurun mendadak sejak 6 bulan sebelum ini kerana Naim tidak aktif di dunia blogging. Seperti biasa, Log in dan kemudian Log off blogger ini. Mood sentiasa ke laut dalam. Tetapi tahun 2026 sedaya upaya untuk kembali aktif sekurang seminggu satu entri .Tetapi tak janji , akan cuba usaha.
Kini sudah berada di bulan Februari 2026 kan sahabat-sahabat semua. Tahun 2025 meninggal kenangan dan asam garam kehidupan yang sangat bermakna kepada kita semua. Semoga apa yang berlaku di dalam tahun 2025 memberi kebaikan dan impak kehidupa yang lebih baik dan menonjak daya tahan untuk mengharungi tahun 2026 yang kita tahu bagaimana cabaran mendatang.
Hari ini 17 Syaaban, tidak lama kita bakal melangkah ke bulan Ramadhan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk menyambut bulan Ramadhan yang tidak lama kita ketemunya.
Menulis tatkala jam 12.14 pagi ini memang kerja gila, keyboard terus mengetik huruf-huruf mengikut naluri hati. Pabila noktah di tekan, maka ayat tersebut di tamatkan. Sahabat-sahabat semua, Naim ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang masih bertahan di dunia blogging. naim pasti di dunia blogging ada peminat sama ada die hard dan silent reader. Kepada semua terus berkarya di dunia blogging.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: