Salammusik- Menyemai Kemungkinan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 06, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua , semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah dan di beri nikmat kesihatan yang baik. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad SAW. Berselawat wahai lidah semoga kelak kita akan mendapat syafaat dari Baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.

Pagi ini Naim nak share Lagu dari kumpulan SalamMusik yang bertajuk Menyemai Kemungkinan. Lagu ini OST Filem Geran.  Kalau tak silap Naim filem ini berkisah seni pertahanan diri ( SILAT) kalau tidak silap la . Boleh baca Review filem Geran oleh kakimuvee di sini ( Review Filem: Geran )




Sebelum terlambat mari kita layan Lirik dan Video Klip lagu ini..

LIRIK

Berjalan lenggang jangan sampai tersadung batu
binasa badan nanti parah 
Berjalan lenggang jangan sampai tersadung batu
binasa badan nanti parah akibat diri sendiri

Bisikan halus dalam keriau
mereka kata tidak perlu risau
Di siram di baja sama rata
Di suap segala nista dan dusta

Mereka datang ingin mencuba
Mari ke sini kalau lah berani
SELAT MELAKA di kawal raksasa
di baham semua tiada sisa

Berjalan lenggang jangan sampai tersadung batu
Andai dibiar terus berlalu
kasih serumpun menjadi layu
menuai kasih  berdulang madu
Jangan sampai hilang satu persatu

menyemai kata di dalam raga
janji di sarung berbelah rotan
Daulat di junjung terus dijaga
selagi punya RAJA dan SULTAN

** Hati-hati bila melangkah
**Jangan sampai ada yang luka
Berjalan lenggang jangan sampai tersadung batu
binasa badan nanti parah akibat diri sendiri

Biar patah sayap burung kedidi
tetap bertongkat aku kemari
IBU PERTIWI ini terus di hati
Di genggam kemas sampai ke mati

Berakit sudah sampai ke hulu
ke mata dunia kita berlabuh
bersakit sudah masa berlalu
Tiba masa untuk pergi jauh

***Berjalan lenggang jangan sampai tersadung batu

***binasa badan nanti parah akibat diri sendiri

Video 



Perhatikan bait-bait lirik yang Naim bold kerana ada makna yang tersirat di dalam lirik lagu Menyemai Kemungkinan ini. Betapa indah kesusasteraan Melayu di adapatasi di dalam lagu sebegini. Oleh itu , marilah kita hayati kebaikan yang ada lirik. Lagu ini khusus memberi teguran kepada Bangsa Melayu. Jangan terus lalai kerana Kemegahan Kota Melaka jatuh di tangan Portugis angkara Fitnah .

Wallahualam.
SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Layan lagu dia. Salam muzik mmg tak penah menghampakan. Dari aku pelat mmg takleh move on lagi. Blogwalking weekend sini :D

    BalasPadam
  2. Betul.... liriknya puitis dan ada makna ... ya Melayu harus sedar dan bangkit..

    BalasPadam
  3. Bait2 lirik tue ada mkna yg mndalam sagt klu dihayati betul2 msti dapat faham apa yg sbnrnya yg ingin disampaikn oleh penulis lirik nie kan..

    BalasPadam
  4. Thank you for your good info. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pictaram right now!

    BalasPadam
  5. oo best juga lagunya, boleh layanlah. lirik dia pun bagus-bagus kalau kita hayati betul-betul kan. Indah, kalau orang-orang yang puitis kata.

    BalasPadam
  6. salam muzik memang tinggi betul bahasanya. sampai kadang kena baca lirik nak bagi faham. hehe.

    BalasPadam
  7. Mendalam dan halus maknanya mengenai mempertahankan negara dan kedaulatan sultan. Penterjemahan yang baik dan penuh penghayatan dalam bentuk kata-kata. Moga tanahair kita terus berdaulat dengan sistem Sultan & raja dan bebas daripada penjajahan.

    BalasPadam
  8. Lirik sangat puitis dan punya maksud yang mendalam. Bukan semua penulis lirik ada bakat camni. Yang penting sampai ke jiwa pendengar.

    BalasPadam
  9. Kita minat Salam Musik ni. Selalu tiap. Lagu depa memang ada maksud yang cuba disampaikan. Biasa maksud yang mendalam tapi bersahaja di alunkan. Tahniah Salam Musik

    BalasPadam
  10. best lagu dia..lirik dia sangat puitis dan mempunyai maksud yang mendalam.menarik sangat.terbaiklah Salam Musik!

    BalasPadam
  11. Ya jangan sesekali lalai dan mudah terhasut dengan fitnah. Nanti punah harapan bangsa.

    BalasPadam
  12. best lagu ni..bait-baitnya sangat puitsi dan menghiburkan..i like...tahniah salam musik

    BalasPadam
  13. IBU PERTIWI ini terus di hati... di genggam kemas sampai ke mati... menusuk ke kalbu terus sehhhh... memang power lirik lagu ni... mendalam... kita kena sentiasa ingat dan teguhkan ketaatan juga kesetiaan terhadap tanah air kita...

    BalasPadam
  14. putisi sungguh bait-bait lagu nie ya. sy jarang dengar lagu nasyid atau yg bertemakan ketuhanan nie. kalau dengar rasa sayu dan ebrdosa betul.

    BalasPadam
  15. Sedap pulak bila dgr lagu ni. Maksud yg terkandung pun penuh makna tersirat. Tahniah salam musik

    BalasPadam
  16. Jarang dengar lagu diaorang..bila dengr ni best pulak..boleh dgr lagu diaornag yang lain..rasa enjoy je..

    BalasPadam
  17. Baca lirik dia memang ada makna tersirat. Sambil baca lirik sambil play video. Memang layan jugaklah. Harap negara kita terus dipertahankan dari anasir-anasir luar.

    BalasPadam
  18. Liriknya sungguh mendalam dann penuh makna tersirat. Tertanya juga bagaimana jika bangsa lain mendengar dan melihat bait2 lirik ini, apa pula pandangan mereka.

    BalasPadam
  19. penuh dengan maksud tersirat. teringat waktu tingkatan 4 5 mesti guna ayat-ayat melayu klasik. baru bombastik karangan

    BalasPadam
  20. @Ain Athirah Salam Musik memang dari dahulu lagi memang terkenal lirik yang puitis

    BalasPadam
  21. @Wan Syahida Ya, sejarah kita ramai tidak mahu di tengahkan kembali

    BalasPadam
  22. @Cik Puan Ena Sangat betul. Kerana bahasa puitis kena di fahami

    BalasPadam
  23. Dah lama tak dengar cerita Salam Music ni. Best juga lagu baru

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS