Ustaz Kazim Elias-Ketinggian Darjat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 31, 2010






http://www.4shared.com/file/pCj7w_nX/Ustaz_Kazim-Ketinggin_darjat_p.html


http://www.4shared.com/file/wo_0wxmX/Ustaz_Kazim-Ketinggin_darjat_p.html


Nadamurni-Islam Yang Telah Berkembang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 27, 2010
Memory of Nadamurni

Belajar daripada Alam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 27, 2010
dipetik daripada http://nazrie5799.blogspot.com/2010/05/belajar-dari-alam-vi.html . Mari kita muasabah diri kita semua.


Allah anugerahkan kepada kita mata untuk meihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir dan hati untuk mentafsir.Oleh itu manfaatkanlah.

Angsa ?? Apakah hebat sangat angsa ini sehingga kita perlu belajar daripadanya.Banyak yang boleh kita pelajari, cukuplah sekadar 2 fakta.Ia sudah memadai jika kita benar-benar mempraktiknya.
 
Setiap kali angsa mengipas kepaknya ketika terbang, ia membantu angsa-angsa lain yang terbang dibelakangnya.Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk formasi 'V',angsa-angsa di belakang mempunyai kuasa terbang lebih tinggi daripada berterbangan sendirian.
 
Jika kita berkongsi matlamat yang sama dengan rakan & juga mempunyai rasa kebersamaan, maka semakin mudah & cepat untuk mencapai ke 'destinasi' yang hendak dituju.
 
Jika ada angsa yang sakit atau ditembak jatuh, 2 ekor angsa akan keluar dari formasi dan mengikuti angsa yang jatuh untuk melindungi dan memberikan bantuan.Mereka akan menunggu angsa yang jatuh tadi sehingga boleh terbang semula atau dipastikan sudah mati.Kemudian mereka akan kembali ke dalam formasi 'V'.
 
Bantulah rakan kita yang dalam kesusahan.Inilah sistem jaminan yang penting dalam berpasukan.Inilah konsep takaful, iaitu saling tolong menolong.Dengan ini, rakan-rakan akan rasa selamat & bersemangat dalam kerja.

BEKERJALAH SECARA BERPASUKAN DENGAN PENUH KEPERCAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN
 

Kem Bina Insan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 26, 2010

boleh pada banner di atas untuk lebih lanjut~

Masalah di Kedah Darul Aman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 26, 2010
Memandang isu politik lama tidka muncul di dalam blog ini, Naim up balik Label politik 






Anda boleh menilai dengan akal fikiran anda.. ^_^

Persahabatan Tidak Akan Mati

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 25, 2010

Apa maksud persahabatan pada diri anda semua, mungkin satu perkataan sahaja pada diri anda namun ia bermakna kepada insan ingin menjaga ikatan ukwah bersama rakan-rakan. Persahabatan akan bertemu apabila terjalin ukhwah antara kawan yang lain.


pada pada tadi ada sahabat Naim bersembang di Facebook dia menyatakan dia berasa sedih dan tidur tidak berapa nak 'lena'. Dia sedih ingin meninggalkan kawan-kawan se-batch di Polimas. Naim dijadikan tempat mengadu, kerana naim memang rapat dengan dia walaupun dia tua 2 tahun daripada usia Naim, namun tidak membatas untuk menjalin persahabatan dengan dia.Setiap memberi semangat kepada dia , nampak dia berasa tenang dan gembira . Alhamduillah. Naim ingat pesan emak berkata " Cari kawan yang baik agar kita menjadi baik"  Memang pesan ibubapa sangat bermakna kepada diri ini.Namun persahabatan kita tidak dijual beli dengan wang ringgit dan tiada nilai harga di pasaran. Semoga Allah perkukuhkan persahabatkan ku bersama-sama rakan di Polimas.

Firman Allah s.w.t:
Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan 

surah Ibrahim ayat 31.



Al-Kuliyyah -Susuk

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 24, 2010
salam..

boleh klik link di bawah untuk didownload:

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/sec/kuliyyah/kuliyyah_070510_01_cft.flv

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/sec/kuliyyah/kuliyyah_070510_02_cft.flv

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/sec/kuliyyah/kuliyyah_070510_03_cft.flv

http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/sec/kuliyyah/kuliyyah_070510_04_cft.flv

------------------------
satu kuliah satu ilmu.

Kuliah ini tujuan pergajian sahaja,bukan tujuan komersial

Kuliah Ustaz Kazim Elias

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 24, 2010




Lelaki Dayus



link
http://www.4shared.com/audio/s0hqoGy_/Ustaz_Kazim_Elias_-_Manusia_Da.html

Kuliah ini untuk pengajian sahaja,bukan tujuan komersial

Tidak Sangka

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 23, 2010
Alhamduillah,peraduan 'Sensei no Tsuki sudah melabuh tirai, nama pemenang sudah terpapar, memang tidak sangka boleh menang. XD. Walaupun dapat tempat ke-3.Boleh rujuk thread di bawah

http://www.iluvislam.com/v1//readarticle.php?article_id=2554

Tahniah kepada Team Event iluvislam.com kerana berjaya menarik minat mentertai program ini. semoga dapat diteruskan pada masa akan datang.


"kita datang daripada insan yang mulia iaitu ibu,ayah dan guru"
terima kasih ucapkan


kuliah ustaz kazim

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 22, 2010


Imam Mahdi

http://www.4shared.com/file/CXKtg0A9/Ustaz_Muhammad_Kazim_Elias-Ima.html

-------------
bila kita ada ayah dan ibu




http://www.4shared.com/audio/Uev6ObGy/ustaz_kazim_elias_-_bila_kita_.html


kuliah ini hanya untuk pengajian sahaja,bukan tujuan komersial

Budak Kecil Baca Quran

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 22, 2010

Lihat Budak 3 tahun membaca Al-Quran..

Ustaz muhammad Kazim Elias -Di Sebalik Ujian.mp3

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 19, 2010

Alhamduillah . naim sudah upload kuliah ustaz Kazim  . kuliah ini mengupas mengenai bulan ramadhan


link
di sebalik ujian vol 1

di sebalik ujian vol 2

Kuliah ini untuk pengajian sahaja,dilarang untuk komersial

Ustazah Zaman Sekarang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 18, 2010
ini petikan daripada akhbar Kosmo. Sejauh mana kebenaran itu? Hanya Allah sahaja yang tahu

KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

p/s: Manusia sudah makin hanyut! Setan sudah berpesta..

Firman Allah :
Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.surah Al-Qiyaamah:005

Ustaz Kazim Elias-Apa Yang Penting Kerjasama

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 17, 2010


link
http://www.4shared.com/audio/8YFYe828/Apa_Yang_Penting_Kerjasama.html



kuliah ini adalah pengajian sahaja. dilarang untuk tujuan komersial

kuliah ustaz kazim-Akhlak Yang Baik mp3

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 16, 2010


link 



Insya Allah naim akan upload lagi

Hari Guru

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 15, 2010



insya Allah esok kita kan menyambut hari guru. Apakah erti hari guru pada anda semua?Jika tiada guru di dunia ini siapa kah diri kita ini, guru telah mengajar ilmu yang bermula.Percaya atau tidak ibu bapa ialah guru.Semasa kita masih kecil ibu telah mengalun zikir semasa kita tido..Wallahaulam

Selamat Hari Gru kepada sesiapa yang bergelar guru..

Malaysia Tewas

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 12, 2010
semalam perlawanan badminton di antara Malaysia dengan Jepun sunnguh snegit pada awal pembukaan tirai permainan . pada beregu dan pemain perseorangan terakhir.mereka macam tidak semangat untuk meneruskan permaianan sahaja. mengapa??. di bawah ada keratan akhbar...

===========================================
Jepun kecewakan Malaysia


REXY (kanan) dan pakar psikologi, Frederick Tan cuba menenangkan Fairuzizuan yang berang dengan gelagat penonton, malam tadi.
REXY (kanan) dan pakar psikologi, Frederick Tan cuba menenangkan Fairuzizuan yang berang dengan gelagat penonton, malam tadi.
Chong Wei buka langkah, Hafiz akhiri penuh kecewa

MALAYSIA tersentak daripada impian merangkul kejuaraan Piala Thomas apabila Jepun mendedahkan segala kepincangan dan kelemahan skuad negara untuk mencatat kemenangan mengejut dan bersejarah 3-2 bagi skuad negara Matahari Terbit itu menjuarai Kumpulan B, malam tadi
Walaupun kekalahan itu tidak menghalang skuad negara daripada kemaraan ke suku akhir tetapi ia menyulitkan laluan mereka apabila kini kehilangan status pasukan pilihan dan bakal berdepan Denmark dalam saingan untuk layak ke separuh akhir.

“Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi malam ini tidak menjadi buat pasukan kita,” kata kapten pasukan dan perseorangan pertama, Lee Chong Wei yang menyumbangkan mata pertama negara dengan mengalahkan Kenichi Togo 21-12, 21-13.

“Saya berharap peminat tidak akan hilang kepercayaan kepada pasukan ini kerana kita memang mahukan kemenangan dan tidak siapa yang mahu melihat kita kalah.”

Selepas Chong Wei memberi mata pertama, giliran beregu pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberikan mata kedua dengan menewaskan Niroyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-13.
Tetapi mata kemenangan dicari tidak menjadi apabila perseorangan veteran, Choong Hann tunduk kepada Sho Sasaki 17-21, 18-21 bagi Jepun merapatkan jurang.

“Saya tidak dapat mengeluarkan permainan saya,” kata Choong Hann. “Saya banyak melakukan kesilapan dan Sasaki mengawal gelanggang dengan baik. Saya harap dapat bangkit daripada kekalahan ini.”

Harapan kepada Fairuzizuan-Zakry untuk memberi mata kemenangan juga tidak kesampaian apabila pasangan itu menyajikan persembahan buruk yang menimbulkan keraguan mengenai kenapa mereka terpilih menganggotai skuad Piala Thomas.
Mereka tewas 15-21, 12-21 dalam 27 minit kepada Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno untuk kedudukan terikat 2-2.

Dengan keadaan semakin tegang, Hafiz jelas gagal menjelmakan watak penyelamat pasukan apabila kecundang kepada Shoji Sato 10-21, 21-14, 18-21.

Budak Zaman Sekarang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 11, 2010
Kelmarin masa pulang daripada LI(latihan industri) sinngah sekejap kat kedai nak beli barang sedikit dan beli paper sinar yang abah suruh beli,semasa dok baca paper ternampak seorang budak masuk kedai itu ,aku biasa sahaja mungkin dia nak beli barang kot.Tiba-tiba aku terdengaq perbualan mereka'
"Pak cik bagi rokok sebatang"kata budak itu
hati aku mula berasa macam nak sepak ja budak 2,kecil2 dah pandai hisap rokok, siapa yang patut dipersalahkan.. 

Wallahualam. 

p/s:sekadar ingin berkongsi..

Ingatlah Insan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 10, 2010
di bawah ini adalah petikan email daripada salah seorang krew iluvislam.com.Jom kita hayati bersama-sama moga ambil pengajaran yang berguna bagi kita semua~ insya Allah.
------------------------------------------------------------
assalamualaikum ...Dan The Duck Walking With BagHanya Ingin Mengingatkan ....[]Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .. 

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 

Pencil Draw

  Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .... exclaim

1. 
Duniaitu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. 
Hartaitu racun,zakat itu ubatnya. 
3. 
Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya. 
4. 
Seluruh umuritu racun,taat itu ubatnya. 
5. 
Seluruh tahunitu racun,Ramadhan itu ubatnya. 

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
 


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 
Potato Walking

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu : 

1.. Ibu dari segala UBAT adalah 
SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah 
SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah 
TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah 
SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
 
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
 

Cartoon Family Of Strawberries Bounce
Subuh : 
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : 
Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : 
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : 
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : 
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 

--------------+
hayati dua lagu ini


kuliah ustaz kazim

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 09, 2010



http://pemudattbc.blogspot.com/2010/05/ustaz-kazim-elias-apa-yang-penting.html

my home

by Muhammad Naim Abdullah, Mei 08, 2010

View Larger Map

Selamat hari Ibu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 08, 2010


selamat hari ibu~ di bawah ada kisah realiti diriku~~



Aminah Binti Saad seorang ibu yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang anak-anaknya.Pengorbanan membesarkan kami empat orang adik-beradik menguatkan semangatnya mendidik kami dengan penuh kasih sayang agar kami sentiasa menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kami sentiasa diajarkan sentiasa berjimat cermat di dalam berbelanja kerna ibu berkata kita bukan datang daripada keluarga yang berada. Itu menguatkan semangat kami untuk berubah corak kehidupan dan memberi kejayaan kami kepada ibu sebagai hadiah kepadanya.

Pada tahun 1997 .ketika itu saya baru memasuki alam persekolahan darjah satu.setiap pagi ibu menyediakan sarapan pagi ialah roti gardenia yang dicelup dengan telur. Sungguh sedap dimakan.Pernah saya memintak makanan yang lain,tetapi ibu berkata bersukur apa yang sedia ada,cuba ingat kepada mereka yang tiada makanan untuk dimakan.Sejak hari itu sampai sekarang saya tidak memintak selain makanan yang sudah disediakan oleh ibu saya dan roti gardenia dicelup telur menjadi makanan wajib kepada saya sampai saya sekarang sudah berada di alam IPTA. Alhamduillah.

Itulah sedikit coretan tentang ibu saya yang bernama Aminah Binti Saad.Kampung Titi Besi diberi nama begitu jua pengorbanan dan jasa ibuku yang membesarkan anak-anaknya. Wallahualam.


 selamat hari ibu(aminah binti saad)

Ibu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 04, 2010
masih ada ibu di sisi anda? jika ada hormatilah mereka seadanya .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


jangan jadi anak yang derhaka~~ !!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ugut Bunuh Tok GuRU

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 03, 2010
salam perjuangan~ baru2 ini kita digemparkan isu daripada facebook daripada seorang manusia yg ingin membunuh tok guru nik aziz dengan nada sinis dan bangga~ Masya Allah~ semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.. ini bawah ada keratan berita daripada sinar harian~~

=============================================
Ancam bunuh Nik Aziz


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis terhadap seoran:g penulis laman sosial ‘Facebook’ yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman bunuh kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ancaman bunuh tersebut dibuat oleh individu yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi pada 29 April lalu. 

“Polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit yang mengugut dan mengancam keselamatan orang lain terutama pemimpin seperti Nik Aziz . 

“Sikap seperti ini sudah melampaui batas budaya orang Melayu dan timur kerana sekiranya terdapat perbezaan ideologi politik, gunakan pendekatan berhujah atau dialog yang sesuai dengan politik dan demokrasi negara kita. 

Menurutnya, individu terbabit mengancam untuk membunuh Nik Aziz dan sedia bertanggungjawab sekiranya dihukum gantung kelak. 

“Kami telah menyemak kembali laman sosial terbabit pada hari ini(semalam), namun data maklumat individu terbabit telah dipadamkan daripada laman sosial tersebut. 

“UMNO juga perlu menafikan sekiranya individu terbabit bukan ahlinya kerana berdasarkan maklumat peribadi, individu terbabit merupakan ahli UMNO. 

Beliau berkata, sehingga hari ini (semalam) masih tiada penafian mahupun tindakan daripada UMNO berhubung perkara ini. 

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Chow Kit pada pukul 12.30 tengah hari semalam yang turut disertai beberapa ahli Pemuda Pas yang lain. 

Di KOTA BHARU, satu laporan polis dibuat Pas Kawasan Pangkalan Chepa berhubung perkara sama oleh Setiausaha Bahagian Pas kawasan, Hasan Mamat selepas membaca ugutan itu di laman Facebook individu berkenaan, Jumaat lepas. 

Ketika ditemui, Hassan berkata pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera memandangkan ugutan itu bersifat provokasi dan mengancam keselamatan Nik Aziz sebagai ketua kerajaan yang sah. 

“Sebagai sebuah negara demokrasi dan aman perkara itu tidak sepatutnya berlaku, pihak polis sepatutnya membuat penyiasatan dan mendakwa penulis tersebu sebagai mana peruntukan undang-undang,” katanya.

   sumber:sinarharian

Alhamduillah:Wakil Rakyat datang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 02, 2010
pada hari khamis malam jumaat yang lepas ,Adun Jitra Saad Man sudi berziarah ke TTBC untuk bertanya khbar penduduk Titi Besi.Beliau soalt berjemaah sekali dan membaca yassin, Selepas itu beliau mendengar keluahan hati daripada penduduk titi besi,selepas solat Isyak,Dijamu dengan mee kari,hehe. Alhamduillah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jika di tempat lain,parti yang berbeza akan bergadoh bila bertemu,tetapi berlainan di titi Besi,kerna sebahagian jemaah daripada PAS dan UMNO,itulah unik kampung titi besi,semoga generasi akan datang dapat menyambung keutuhan ukhwah antara kita.Kita boleh berpolitik lihat tempat dan masa agar kita terlalu taksub pada idealogi yang perjuagan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s:contohi kg titi besi,, ^_^
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS