Selamat hari Ibu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 08, 2010


selamat hari ibu~ di bawah ada kisah realiti diriku~~



Aminah Binti Saad seorang ibu yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang anak-anaknya.Pengorbanan membesarkan kami empat orang adik-beradik menguatkan semangatnya mendidik kami dengan penuh kasih sayang agar kami sentiasa menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kami sentiasa diajarkan sentiasa berjimat cermat di dalam berbelanja kerna ibu berkata kita bukan datang daripada keluarga yang berada. Itu menguatkan semangat kami untuk berubah corak kehidupan dan memberi kejayaan kami kepada ibu sebagai hadiah kepadanya.

Pada tahun 1997 .ketika itu saya baru memasuki alam persekolahan darjah satu.setiap pagi ibu menyediakan sarapan pagi ialah roti gardenia yang dicelup dengan telur. Sungguh sedap dimakan.Pernah saya memintak makanan yang lain,tetapi ibu berkata bersukur apa yang sedia ada,cuba ingat kepada mereka yang tiada makanan untuk dimakan.Sejak hari itu sampai sekarang saya tidak memintak selain makanan yang sudah disediakan oleh ibu saya dan roti gardenia dicelup telur menjadi makanan wajib kepada saya sampai saya sekarang sudah berada di alam IPTA. Alhamduillah.

Itulah sedikit coretan tentang ibu saya yang bernama Aminah Binti Saad.Kampung Titi Besi diberi nama begitu jua pengorbanan dan jasa ibuku yang membesarkan anak-anaknya. Wallahualam.


 selamat hari ibu(aminah binti saad)
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS