pada pada tadi ada sahabat Naim bersembang di Facebook dia menyatakan dia berasa sedih dan tidur tidak berapa nak 'lena'. Dia sedih ingin meninggalkan kawan-kawan se-batch di Polimas. Naim dijadikan tempat mengadu, kerana naim memang rapat dengan dia walaupun dia tua 2 tahun daripada usia Naim, namun tidak membatas untuk menjalin persahabatan dengan dia.Setiap memberi semangat kepada dia , nampak dia berasa tenang dan gembira . Alhamduillah. Naim ingat pesan emak berkata " Cari kawan yang baik agar kita menjadi baik" Memang pesan ibubapa sangat bermakna kepada diri ini.Namun persahabatan kita tidak dijual beli dengan wang ringgit dan tiada nilai harga di pasaran. Semoga Allah perkukuhkan persahabatkan ku bersama-sama rakan di Polimas.
Firman Allah s.w.t:
Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan
surah Ibrahim ayat 31.
Apakah tidak akal mati sama dengan mati akal? Apa maksud persahabatan tidak akal mati? Tak faham~
BalasPadamNaim silap typing sis
BalasPadam