Daku Sudah Grad- Polimas

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 27, 2014
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar semua , harap semua sihat belaka dan cuaca bagaimana? di kampung Naim sekarang hujan lebat. Semoga hujan yang turun memberi rahmat sekalian alam.

Alhamduillah syukur kepada Allah Naim sudah grad dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah(Polimas) kelmarin. Segala penat lelah dan cabaran adalah satu titik tolak di dalam perjuangan sebagai pelajar. Mood 'STUDENT LIFE' memang best, kekadang ada suka dan duka itu sendiri. Apakah kita terlupa segala nikmat sebagai pelajar adalah tiket untuk lebih berjaya dan berilmu.



Selama 1 tahun setengah untuk Diploma Teknologi Maklumat  adalah satu perkara yang bermakna. Melihat wajah kedua ibubapa terukir senyuman  menengkan jiwa ku ini. Akhir kalam. Tuntut ilmu adalah suruhan agama Islam jua. 

Wallahualam.
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS