Aliran Trafik Tengah Hari Ini Lancar

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 04, 2016



KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan.
Beliau berkata, aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain juga lancar.  

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala turut lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


sumber: SinarHarian
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS