CEKAL, tegas, bersemangat, humble, pemurah dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat, Itu yang dapat simpulkan selama mengenali sifat Allahyarham Tn Guru Ust Mohd Rejab Ketua Ulama PAS Negeri Kedah merangkap Ketua urusan ulama PAS Jerlun yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul sekitar jam 12:30 tengahari ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada usia 59 tahun.
Pemergian Allahyarham sangat dirasai, masih segar diingatan ketika bersamanya sebagai perwakilan PAS Jerlun di Muktamar PAS Pusat Terengganu, Allahyarham sentiasa mengukir senyuman dan kurang bercakap tekun mendengar perbahasan dan amanat pimpinan, sempat bergambar kenangan bersamanya dengan pimpinan PAS pusat.
Sehinggalah pertemuan terakhir sebelum Allahyarham dimasukkan ke Hospital, pada jam sekitar 8:30 mlm hari Jumaat, kami berkumpul dlm program Usrah bulanan PAS Kawasan Jerlun yg bertempat di rumah Pengarah Jprk PKJ, ketika itu saya makan bersamanya bermenukan Gulai Ikan, Telur masak merah, ulam-ulaman dan lain2 lagi, saya sempat bertanya khabar Allahyarham dan menanyakan jadual aktivitinya “ ust lapang dak hari Isnin 24/9/2018 ini (smlm) ?” Allahyarham jawab “Awat ada apa tu” saya tambah “ Pemuda Negeri Kedah nak mai lawatan mahabbah dan Usrah di Jerlun, nak jemput ust utk bersama-sama kami” Allahyarham balas “ Insya Allah”. Itu lah ayat yg terakhir yg saya dengar sebelum arwah bangun untuk basuh tangan, selepas itu arwah duduk semula ditempat tadi sambil menemani saya dan pimpinan PKJ yg masih menjamu selera, sedang asyik kami menjamu selera tiba2 arwah dipanggil oleh pimpinan PKJ yg telah selesai makan utk solat Insya berjemaah, ketika arwah nak bangun, tiba2 arwah jatuh dengan bertongkatkan tangan ke lantai dlm keadaan yg lemah, kami segera memberikan bantuan kepada arwah dengan mengangkatnya ke sofa sebelum menghubungi ambulan utk dibawa ke Hospital.
Setelah arwah berada di Hospital semenjak malam tersebut, hari ini mendapat berita yg sukar untuk dipercayai, tetapi redha dgn ketentuan Ilahi, “Murabbi” kami ini telah kembali menemui illahi disaat-saat sedang asyik berjuang dimedan perjuangan. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Tuan Guru Hj Mohd Rejab Mad Akhir.
Allahyarham seorang yang mudah didekati oleh golongan muda dan disegani kawan dan lawan, ramai yg hadir menziarahi arwah untuk memberi penghormatan terakhir buat seorg pejuang yg sgt gigih dalam gerakkerja untuk mendaulat Islam di Malaysia ini.
Damailah engkau di sana wahai “Murabbi”. Kami tetap merinduimu.
Kepada ahli keluarga Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Tuan Guru Hj Mohd Rejab Mad Akhir, ucapan takziah kami ucapkan. Semoga diberi kesabaran oleh Allah SWT.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس
KETUA PEMUDA PAS KAWASAN JERLUN
25 September 2018
Kredit post di sini:
https://www.facebook.com/dppjerlun/photos/a.218086458528612/753105211693398/?type=3&theater
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: