Istiqamah Di Dalam Perjuangan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 21, 2019


" Apabila Kita boleh bersama memperjuangkan kebenaran itu bermakna kita sudah menang" - Al-marhum Ustaz Fadzil Noor.

Perjuangan di dalam arena politik sudah menjadi resam padi kena selalu menunduk diri jangan meninggi diri, kelak akan berlaku kerosakan. Kita sudah melihat apa berlaku selepas Pakatan Harapan mengambil pentadbiran negara. Ada yang baik hatta yang tidak baik lebih banyak.

Pada diri ku , PAS adalah pilihan terbaik. Kerana membawa satu imej dan jati diri  yang benar.  PAS mengutamakan kebenaran iaitu mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia. PAS pernah bersama-sama dengan Barisan Alternatif (PAS , KEADILAN, DAP) seterusnya bersama di dalam Pakatan Rakyat ( PAS , PKR , DAP ). Selepas itu, PAS di tendang daripada Pakatan Rakyat kerana PAS berkeras menjaga Islam daripada tercalar.

Akhir golongan profesional telah keluar PAS dan tertubuh Parti Amanah Negara (PAN) kerana matlamat PAS sudah tersasar daripada perjuangan. Akhir mereka bergabung di dalam satu Pakatan Baru iaitu Pakatan Harapan di naungi oleh ( AMANAH, PKR , DAP ,PPBM (BERSATU) , Warisan ). PAS tidak bersama dengan Pakatan ini, tetapi PAS memilih blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera. Di anggotai oleh (PAS, IKATAN , BERJASA serta NGO ) demi menjaga kedaulatan Islam dan Melayu.


Sehingga kini PAS sahaja konsisten melaungkan suara menjaga hak dan kedaulatan Islam yang cuba di carik-carik oleh musuh Islam terutamanya DAP. Insha Allah PRU15 kita akn tumbangkan Pakatan Harapan kelak. Insha Allah.. 

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS