Tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia yang mengubah kepada kerajaaan yang baharu. Baharu dari segi ahli politik hatta parti itu sendiri. Hampir 8 bulan kerajaan baharu memimpin negara. Ada yang baik akan terus di sokong manakala tidak baik akan terus di bangkang demi negara dan menjaga kerosakan terus berlaku.
Pada naim sendiri, alhamduillah pada Pilihan Raya Umum yang lalu, masih menyokong PAS kerana dasar PAS jelas iaitu Al-Quran dan Sunnah Baginda Rasul Muhammad S.A.W. Kalau yang mengikuti siri kempen , biasa pihak musuh akan mencipta pelbagai berita-berita sensasi demi meraih undi pada 9 Mei itu sendiri
Walhal, kita dapat melihat itu sendiri pada waktu sekarang.
Jika berlaku PRU ( Pilihan Raya Umum) dalam masa terdekat, PAS akan ku pangkah kembali . Kerana trace rekod Pas mentadbir Terengganu sebagai contoh sudah memenuhi 80 % manifesto semasa kempen pilihan raya umum yang lalu. Bagaimana pun, fitnah jua makanan pihak tidak bersetuju dengan PAS ini. Semoga daku istiqamah bersama PAS kelak.


Selamat tahun baru.. tahun 2018 tahun yg menyedihkan.bg mama
BalasPadam