Jangan Membazir Jika Pergi Bazar Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 14, 2019

Alhamduillah hari ini sudah hari ke 7 . Iaitu sudah seminggu kita berpuasa , bagaimana dengan puasa anda semua. Dengan harapan baik-baik belaka. Jika di sebut Bazar Ramadhan ia cukup sinonim dengan bulan Ramadhan. Kerana boleh di katakan tempat tumpuan orang berkunjung membeli juadah untuk berbuka kelak.


Tanpa kita sedari,  kita akan ke arah pembaziran di dalam pembelian makanan berbuka. Kerana nafsu membuak-buak untuk membeli setiap juadah yang di jual.  Tangan ada sepuluh pun, sepuluh inilah penuh dengan plastik makanan. Last sekali semua makanan itu tidak habis di makan dan di buang begitu sahaja. Ia memcemarkan puasa kita, kerana berpuasa seharian mengajar erti kesabaran mengawal hawa nafsu. Jangan kita tertewas ya.

Masih berbaki Ramadhan untuk kita berhati-hati di dalam membeli makanan di Bazar Ramadhan. Membeli dengan kadar yang rendah iaitu cukup-cukup untuk di makan ketika waktu berbuka kelak. Jauhi perangai syaitan kerana ia membawa mudharat yang kita tidak sedari. Berpuasa ini mengajar erti kesabaran dan bersederhana di dalam berbuka. Kerana ia, memberi gambaran bagaimana saudara-saudara kita yang tidak menjamah makanan kadangkala berhari lamanya.

Mari kita membaiki kita ya. selamat bermuasabah diri.

Gambar Kredit Google 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tak gi bazar lg setakat ni. Hehe

    BalasPadam
  2. memang rambang mata kalau pergi bazar ramadhan. lagi-lagi tengah puasa, tengah lapar kan haha.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS