Nabi Anak Yatim- Sirah Yang Tidak Pernah Padam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 29, 2019

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]

Bagaimana Rasullullah sangat menjaga anak-anak yatim. Kerana Baginda sangat menyayangi mereka bertepatan hadis di atas. Ramai mempergunakan anak-anak yatim demi kepentingan peribadi semata-mata. Tanpa mengira tempat dan masa. Mereka di kerah tenaga mengutip derma. Walhal duit itu bukan di bahagi kepada mereka pun.

Kenapa masyarakat jadi sebegini rupa?
- Kerana lupus kasih sayang di dalam diri  kita
- Tiada ilmu tentang sirah Baginda Rasullullah.
- Sifat keperimanusian tiada di dalam hati, hanya buat hal masing-masing.

Sekarang di dalam bulan Ramadhan , apalah kurang nya ramai berpusu-pusu mencari anak-anak yatim untuk menaja makanan dan pakaian di hari raya. Ia TIDAK MENJADI KESALAHAN. Adakah mengingati mereka hanya di bulan Ramadhan sahaja? Bagaimana? bulan-bulan lain. Mereka dahaga kasih sayang mereka sepanjang masa. Jom dengar Ustaz Ahmad Dasuki
Oleh itu, jangan menyakiti anak-anak yatim, takut saat mereka  mengangkat doa. Doa terus dimakbulkan oleh Allah. Fikir2 lah saudara-saudari. Islam tidak bersifat menzalimi tetapi menyayangi.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. besar ganjarannya berbuat baik dan bersedekah pada anak anak yatim. lagi lagi dalam bulan Ramadhan ni. yang penting ikhlas :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS