Wahai Anak Berdoa Untuk Ibu Bapa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 22, 2019


Duhai anak-anak,  sudah kalian berdoa untuk ibu bapa kamu. Berdoalah secara mereka tidak tahu apa isi doa kamu. Nescaya kita kelak menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kita.


Tambahan pula, di dalam bulan Ramadhan. Doa sangat mustajab di sisi Allah ( Insha Allah). Jangan abaikan sesaat pun berdoa kepada ibubapa kita. Sama ada masih hidup atau telah mengadap Sang Pencipta.



Duhai anak-anak
kelak kalian akan menyesal pabila doa tidak ditadah 
biar sekarang kita menadah kesejahteraan mereka.
tulus ikhlas dari hati nurani
mendidik jiwa kembali fitrah 
anak yang soleh dan solehah.
SHARE 23 comments

Add your comment

  1. Sama²lah kita beringat. Terima kasih atas ingatannye...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. video doa berirama macam ni bukan kanak-kanak je suka, yang dah berumur pun suka ni 😊 mudah nak menghafal.. terima ksih untuk perkongsiannya..

    BalasPadam
  3. insyAllah doa utk ibu bapa yg pertama sy always baca ;') sbb sy tahu sy xpnh n xkn dpt jd ank yg terbaek utk dorg huhu thanks for the reminder.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, insyaAllah sentiasa mendoakan ibu bapa dalam setiap solat. Tak terbalas jasa mereka hatta dengan apa benda sekali pun kan. Semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Amin..

    BalasPadam
  5. betul tu, mmg patutnya setiap hari pon kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. dan bukan takat mendoakan, tp rajin2 juga pergi menjenguk dan luangkan masa bersama mereka kan.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah akan ada doa untuk ahli keluarga setiap hari.
    Apatah lagi Rawlins berada berjauhan dari keluarga, memang secara harian jadi butir doa.

    BalasPadam
  7. iye..betul sangat,mohon sentiasa doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  8. Ibu-bapa pun sentiasa doakan kita..kita sebagai anak pun harus selalu doakan mereka..insyaalah hidup kita akan dirahmati

    BalasPadam
  9. betul..mmg kena sentias aberdoa banyak2 untuk kesejahteraan ibubapa kita. keberkatan memang dicari biarpun kita berjaya di peringkat mana ibubapa yang membesarkan kita jangan pernah dilupa

    BalasPadam
  10. Peringatan yang bagus ni.. sama-sama kita saling berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa. Yela, mereka dah bersusah payah membesarkan kita hingga berjaya kan

    BalasPadam
  11. Betul, setiap waktu yang ada kita patut doakan untuk ibu bapa kita supaya dilindungi dan dirahmati. Bila ibu bapa happy kita pun happy

    BalasPadam
  12. Dalam setiap doa memang harus ada doa buat ibu bapa kita demi mencari keberkatan, Mereka yang melahirkan kita dan menjaga kita dari kecil, bagaimana harus untuk kita lupakan pengorbanan mereka

    BalasPadam
  13. Bagus saling mengingat ttg jasa n pengorbanan org tua.. Alhamdulillah .. AM setiap mlm sebelum tidur wajib utk baca doa n sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah..

    BalasPadam
  14. Doa mak ayah sihat sejahtera dan gembira selalu.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah anak-anak zaman sekarang lebih peka untuk belajar doa dan surah-surah dalam solat. Kadang dengar mereka balik rumah, baca doa, baca surah. Saya lega. Sekarang dah belajar solat. Berdoa dalam solat juga amat saya terapkan ketika sujud terakhir. InsyaAllah dipermudahkan.

    BalasPadam
  16. sama2 lah kita berdoa setiap hari untuk semua benda. semoga kita tidak jadi hamba yang bongkak pada sang pencipta. kena sentiasa berdoa dan bergantung padaNYa

    BalasPadam
  17. Yes, we are nothing without our parents. We should keep them in our prayers all the time.

    BalasPadam
  18. @Kayathre

    Yes saudari. semoga terus berbakti kepada ibu bapa ya.. :)

    BalasPadam
  19. @Rabiatul Adawiyah

    Alhamduillah. terus memberi dorongan kepada mereka.

    BalasPadam
  20. @AlongMurni Takziah. Semoga menjadi anak yang baik kepada ibubapa walhal mereka di sana. Insha Allah.

    BalasPadam
  21. Solat lima waktu. Insyaallah dalam doa tak pernah miss

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS