Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Bertemu pada hari yang mulia hari Jumaat, penghulu segala hari. Mari bersama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lupa berselawat kepada Baginda  Rasullullah. Semoga kita menjadi umat yang baik di dunia dan akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi’ 

Berat sangat tanggungjawab sebagai ibu bapa di dalam mencorak kehidupan anak-anak sekarang. Dengan bermacam-macam agenda jahat di dalam kehidupan kita seharian.  Ibu bapa yang mampu mendidik dengan ajaran agama akan menangkis segala fitnah  dunia yang mencabar. Ada pepatah  berkata

" Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus tetapi dia berjalan bengkok"

Sudah jelas bukan, kerosakan pada anak bukan tertakluk pada anak semata-mata, akan tetapi ibu bapa kena sentiasa muasabah balik di mana kesilapan kita. Naim ingat lagi pesan seorang ustaz berkata :-

" Nak anak yang soleh dan solehah, kita terlebih dahulu soleh dan solehah kepada ibu bapa kita dahulu"



Sudah jelas, Islam menekan akan akan adab kepada ibu bapa. Islam merangkumi segala aspek dunia atau akhirat sekali pun. Akan tetapi ramai ibu bapa sekadar Islam di dalam kad pengenalan tetapi mereka membawa kehidupan jauh berbeza di dalam kehidupan. Semoga hidayah kepada mereka. Duhai ibu bapa, anak bukan seperti anak patung guna bila perlu dan buang pabila tak suka. Ia fitnah sangat besar dan menjadi murka di sisi Allah jua. Ingat Anak adalah AMANAH sangat berat. Jika AMANAH di campak di gunung-ganang maka pecah derai gunung-ganang kerana tidak tertanggung berat AMANAH.

Oleh itu, apapun jua keadaan, kena kembali pada Agama dan tadah doa semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. 



Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa
Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia


SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Betul anak tu ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan. Kita sebagai ibu bapa berkeinginan nak anak yang soleh dan solehah sebagai penyambung legasi kita. Anak yang baik akan mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Dapat la kita saham di 'sana' nanti.

    BalasPadam
  2. Betul, bila dah jd mak-mak ini. Proses pembelajaran tak pernah berhenti ! Risau kita salah mencorakkan anak kita. Dan, zaman sekarang kita bukannya ada banyak masa bersama dgn anak. Banyak tuntutan lain perlu di laksanakan

    BalasPadam
  3. InsyaAllah. terima kasih di atas ingat tuan. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua dan begitulah kita mendidik anak-anak kita nanti.

    BalasPadam
  4. tq Naim atas peringatan ni.
    tidak mudah. anak ni amanah Allah.
    kita yg corakkan.
    kita yg didik. salah kita, salah la haluan dia, kan...
    aida sedaya upaya now utk lead diorang cara hidup berlandaskan agama.
    masukkan ke skola agama.
    yg sulung & bongsu - done skola agama.
    yg tgh masih di skola kebangsaan. moga cemerlang upsr dan dpt tempat di skola kakaknya.

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan untuk kita semua. aamiin.

    BalasPadam
  6. baik acuannya, baik jugaklah bentuknya. Selalunya parents sibuk dengan kerja, sibuk dengan hp sampai biarkan anak.

    BalasPadam
  7. anak ini amanah, ibu ayah kena bantu corakkan sedaya yg termampu. besar cabaran tapi takpe usaha lakukan yg terbaik :)

    BalasPadam
  8. setuju, masa mak ayah masih hidup waktu sesuai kita nak buat baik dengan dorang. kalu kita boleh tunjuk teladan baik depan anak-anak mesti dorang patuh & dengar cakap ibubapa. aduh rindu pulak mak ayah kat kampung, tak puas nak beraya lagi

    BalasPadam
  9. semoga setiap ibu bapa dapat mencorakkan anak2 dengan sebaik2nya bukan ilmu didunia sahaja tapi ilmu di akhirat..

    BalasPadam
  10. Betul tu. Anak itu amanah Allah untuk kita bentuk menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat. Sebagai ibu bapa kita kenalah merancang dan kencorak hidhp mereka ke arah kebaikan

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas pengongsian. Memang besar cabaran ibu bapa nak ajar, bentuk dan galakkan kepada anak-anak zaman sekarang.

    BalasPadam
  12. Mmg betul sebab tu anak tu amanah. Tapi ye la kita ibu bapa moden ni kadang-kadang buat silap jugak and silap tu kadang-kadang tak sedar boleh effect ke anak. So kena cepat-cepat betulkan balik.

    BalasPadam
  13. Betul la tu. Kita sebagai parents yang mencorakkan sahsiah anak kita. Elok acuan maka acuan pun elok la jadinya.

    BalasPadam
  14. semua yang apa anak beljr adalah dari didikan ibu bapa..jadi ibu bapa kene didik anak denagn betul..salah didik, salah la dia memebesar..

    BalasPadam
  15. Betul tu, anak2 ibarat kain putih kita ibubapa yang mencorakkannya tapi ada kala, pengaruh luar juga memainkan peranan dalam pembentukkan akhlak mereka walau kita dah coba sebaiknya beri corakan yang sepatutnya

    Cara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas nasihat dan peringatan ini. Nasihat yang sangat berguna buat mereka yang baru menimang cahaya mata. Jagalah amanah yang diberi dengan sebetulnya

    BalasPadam
  17. Setuju. Terima kasih atas peringatan ini. Cabaran juga dalam mendidik dan membesarkan anak2

    BalasPadam
  18. Betul tu, anak anugerah yang tak ternilai. Salah kita corakkan maka pesonglah arahnya. Suka tengok anak2 yang sopan, tertib dan jaga tutur kata. Ibu bapa perlu tunjukkan contoh yang baik kat anak-anak.

    BalasPadam
  19. Semua ibu bapa nak dapatkan anak-anak yang berakhlak mulia walaupun ibu bapa sendiri tidak berakhlak mulia.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS