Selamat malam semua, malam ini nak share kembali nasyid lama iaitu Pergi Tak Kembali dari kumpulan Rabbani. Di nyanyi oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim. Siapa tak kenal mereka pernah hebat sekitar awal 90-an sehingga awal 2000-an. Dengan kelunakan suara almarhum Ustaz Asri Ibrahim sudah memukau para peminat nasyid amnya. Naim cerita kembali penglibatan awal Almarhum Ustaz Asri Ibrahim di dalam arena nasyid tanah air ini. Insha Allah dalam seringkas mungkin. 


Penglibatan awal Ustaz Asri Ibrahim bermula di dalam kumpulan Nadamurni. Nadamurni hadir pada awal 80-an macam itu. Pada waktu Naim tak hadir di dunia fana lagi. Nadamurni  daripada Jemaah Ar-Aqram.  Selepas ada masalah di dalam negara amnya berkisar Jemaah Ar Aqram. Nadamurni mula berpecah menjadi Hijjaz dan Rabbani. Manakala Raihan daripada The Zikr, sezaman dengan  Nadamurni.


Itu sahaja yang dapat Naim coretkan dalam entri kali ini,  Nak cerita pun ramai rakan-rakan blogger mengemuka sejarah kumpulan Nadamurni ini. Kehebatan nasyid dahulu terletak pada lirik dan bagaimana penyanyi membawa irama dan penghayatan nasyid ini tensendiri. Berbalik pada lagu Pergi Tak Kembali membawa kita frasa terakhir di dunia akan ketemu Sang Pencipta kita pada alam yang lain iaitu Alam Baqa. Jom hayati kembali nasyid lama ini.


                                                                            
LIRIK

Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa
Jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim (Amalan di dunia)
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula (Bicara pun bermula)
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi (Di alam barzakh)
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan airmata
Yang pergi

7 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. mmg rindu dgn alunan suara Allahyarham Ustaz Asri..merdu sekali

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    BalasPadam
  2. naim muda lagi kalau macam tu.. zaman saya dulu al aqram ni.. sejak dulu terkenal jemaah tu dengan roti khurasan.. tapi kami waktu tu sekolah rendah lagi.. tak terdedah sangat dengan itu semua.. suara arwah ustaz asri ni tersendiri takde ganti.. masih hidup lagi lagu-lagunya.. semoga ianya dapat beri pahala berterusan buat arwah..

    BalasPadam
  3. ini antara lagu nasyid yang masih terngiang di telinga hingga kini kan.. sebab lagu dan suara arwah ustaz asri memang mendayu dan lunak je kita mendengar ni...

    BalasPadam
  4. Siapa tak kenal Ustaz Asri ni kan..lagu nashid ni pon mmg popular betul dulu, tak silap masa qeela still bersekolah lagi masa dgr lagu nasyid ni. mmg bagus liriknya dan melodinya jugak. masa kecik2 tak berapa faham sgt then bila dihayati betul2 lirik tu bila dh besar sikit baru sampai makna dan peringatannya tu.

    BalasPadam
  5. Satu dalam sejuta. Takkan ade lagi suara orang lain macam dia. Semoga tenang dia di sana.

    BalasPadam
  6. Sounds like an uplifting song! Too bad I don't understand it haha maybe some subtitles/translation in your post next time? x)

    BalasPadam
  7. Isi kandungan nasyid ni sangat bermakna. Agar semua yang baca dapat mengambil iktibarnya.

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama