Jagalah Hak Privasi Anda

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 20, 2019

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua, Bagaimana anda pada hari ini. Semoga baik-baik belaka, Pada waktu ini, Naim nak cerita pasal keselamatan diri sama ada mengguna media sosial atau tak. Betapa penting privasi anda.

Kalau dahulu data privasi kita hanya 'hilang' apa pabila ia di cerobohi. Dan kini kita terus Bagi "by hand" kepada penceroboh. Betapa senang kita di tipu. Hati-hati dengan privasi anda tak kira di mana anda berada . Kerana...... no system is safe.

Kerana kita tidak tahu siapa di dalam friend list dalam media sosial kita sama ada di facebook, twitter, instagram. Ramai tidak mengambil berat tentang privasi . Walhal ia sangat penting bagi diri kita asbab keselamatan. Contohnya pada baru-baru ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang upload gambar di media sosial. Akan tetapi, kita telah memaparkan kelemahan kita ( memaparkan isi rumah ). Lagi satu, kita set location di mana kita berada. Bukan tidak boleh set locatian ini, akan tetapi bagaimana kita set begini...

" kami on the way ke kampung ***. seronoknya.." set location di rumah kita. Dah post di media sosial amnya di facebook. Seramai friendlist kita like status itu, sedar atau tidak , kita telah memberi satu maklumat yang bermaksud sebegini..

" rumah kami dah kosong, mai la merompak". Ia nampak remeh, tetapi ia sangat penting kerana ia melibatkan privasi diri anda. Kita tidak tahu siapa yang kawan yang benar-benar di dalam media sosial. Kekadang dalam friendlist kita di dalam media sosial bukan orang yang sebenar. Majoritinya fake account sahaja, untuk mengaburi tindak-tinduk kita di dalam media sosial. Itu tak termasuk yang Scammer, penipuan di alam media sosial lagi.



Rajinkan diri untuk membaca bahan ilmiah tentang kepentingan dan keselamatan diri di dalam sosial dan privasi kita di media sosial. Ia sangat penting. Kerana sekeping gambar boleh membuat keluarga cerai berai angkara sihir. Oleh itu, jagalah diri anda dan keluarga anda daripada musibah yang memudhratkan diri anda. Ramai akan menindakkan artikel ini, ia tidak mengapa. Naim memberi tahu apa itu keselamatan , ia terpulang pada penerimaan anda semua. Sekurang-kurangnya Naim dah habaq. hehe



Ini lagi satu video yang boleh ambil manfaat.



Semoga ia manfaat kepada anda semua. 
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. terima kasih atas peringatan, juga diingatkan pada yang update status di media sosial supaya tidak mengundang salah faham dan pelbagai maklumbalas negatif. nice sharing.

    BalasPadam
  2. Nice sharing. Memang tak pernah buat camtu lagi. Kalau nak share location pun kita dah balik baru post hihi

    BalasPadam
  3. ala seram juga la ! tapi selalunya kalau bahagian rumah i jarang check in tapi bila cakap macam tu rasa seram dah nak tayang benda benda dah dalam rumah ni.. takut lah... tapi apa pun kita doa doa baik je la.. Insha Allah...

    ada je orang tak cek in rumah kena rompak ada je orang selalu cek in tapi Alhamdulillah masih tiada apa pun..

    bagi i kalau kena rompak tu bukan rezeki la tu.. cuma bahayanya kalau dikasasri gitu apa pun thanks nasihat... akan lebih berhati hatii

    BalasPadam
  4. setuju. sebab skrg ni ramai orang jahat yg bijak pandai. dengan tekonologi sahaja dh boleh nk buat macam2. lebih baik kita berhati-hati. terima kasih share ya :)

    BalasPadam
  5. Thank you for this post, betul ramai tak sedar sebenarnya betapa pentingnya privasi ni. I paling berhati-hati nak guna location ni. Kalau I buat posting dekat rumah, location I mesti letak general, just to let users tahu yang I dekat Malaysia. Nak letak exact location memang tak berani.

    BalasPadam
  6. Bagus entri ni. Iyalah, kadang-kadang perkara yang penting macam ni lah yang selalu kita terlepas pandang dan anggapnya sebagai suatu perkara yang remeh. Interesting jugak sebab ingatkan tentang sihir tu. Zaman sekarang walaupun dah moden, masih banyak lagi golongan yang percaya benda-benda sihir dan khurafat ni. Nauzubillah moga dijauhkan...

    BalasPadam
  7. Betul tuh. Hak privasi kita kenalah jaga. Sebab tuh kalau pergi mana mana saya tak suka update kat socmed bagitahu tak kat rumah sebab baliknkampung sebab kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan di socmed kan

    BalasPadam
  8. Di zaman tqnpa had Ni mmg kena sentiasa waspada kan

    BalasPadam
  9. @Syafiera Yamin :) Semoga Allah menjaga kita semua daripada musibah

    BalasPadam
  10. @MunirahMH Sangat betul. Agar semua masyarakat lebih peka lepas ini

    BalasPadam
  11. @Mira Cikcit Bagus tu sis, ada peka dengan keadaan semasa. Lebih baik peka bab privasi agar keselamatan kita terjamin

    BalasPadam
  12. @Hasif Hamsyari :) Semoga manfaat kepada anda. Jangan lupa jaga privasi anda. :)

    BalasPadam
  13. Thanks for the reminder. Ya~we live in a modern age where people get too carried away and might do such a thing right. Gotta be careful

    BalasPadam
  14. Betul lah, benda2 privasi nie elok jgn dedahkan di sosial media. Tambah2 bab rumah tgh kosong tu. Jgnlah dok canang satu alam rumah kita xde org. Skrg zaman media sosial zaman yg terdedah semua privasi kita. Jd kita kne pandai kawal

    BalasPadam
  15. Thanks for the tips, sometimes we have to filter out our personal things and care for our privacy.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS