Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga hari Jumaat membawa barokah di dalam kehidupan kita semua. Insha Allah. Jangan lupa berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W . Barang siapa berselawat 1 kali akan di balas sebanyak 10 kali. Berselawat kepada Baginda adalah tanda kecintaan kita Baginda Rasullullah. Semoga di akhirat kelak, dapat kita bersama Baginda di Syurga . Insha Allah.

Pagi ini Naim nak share kembali lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur yang di popularkan oleh kumpulan Search. Kemudian  di nyanyikan semula bersama kumpulan nasyid Rabbani. Gabungan dua suara iaitu Amy dan Almarhum Ustaz Asri Ibrahim memang tidak asing oleh penggemar nasyid dan rock di tanah air Malaysia amnya. Gabungan suara ini membawa kita satu genre lagu lebih moden dan baru . Jika seseorang bukan peminat nasyid akan tersentuh dengan paduan suara mereka berdua.

Suara gemersik Almarhum Ustaz Asri, dan serak-serak basah Amy Search memang padu dan terbaik. Pada sekarang tidak sapa mampu tandingi suara seperti mereka. Kerana genre nasyid dan rock sudah bertapa lama di bumi Malaysia , sebab itu apabila gabungan dua genre ini akan membuat lagu tersebut menjadi siulan orang ramai. Jom kita hayati lirik Mentari Merah Di Ufuk Timur


LIRIK 

Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan kau mesti pergi, kau mesti
Alam telah meyakinkan kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan ilahi
Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi

Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Habiballah

Kekal selamanya cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan (Hasbiyallah)
Engkau telah pergi tapi masih ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang, tinggal (yang tinggal)
Yang, tinggal (ya habiballah)
Yang, tinggal (ya rasul)
Yang, tinggal (yang tinggal... aku)
Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi tapi masih ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku (kalbuku)
Yang, tinggal
Yang, tinggal
Yang, tinggal
Yang, tinggal... Aku
Aku


Di sebalik lirik lagu ini adalah perjalanan pulang seorang hamba Allah kepada Sang Pencipta. Hamba Allah ini tetap pengharapan yang tinggi kepada Sang Pencipta agar mereka dia kembali. Itulah genre rock dahulu yang sarat dengan mesej dan moral kepada kita semua. Ia berbeza di genre di zaman sekarang lebih berkhayal sahaja.


Dunia adalah persinggahan tidak kekal. yang akhirat tempat pengakhiran abadi kita. Gali dunia untuk bekalan akhirat.

Wallahualam

SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Lagu lama diperbaharui balik. Saya suka kalau dengar lagu versi baru. Bukan tujuan merosakkan lagu lama. Tapi memberi nafas baru. Terima kasih atas perkongsian. Saya akan buat pencarian dalam YouTube

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat..ingatan yg bagus..tak sure pernah dgr tak lagu ni tp bagus liriknya tu..Suami peminat kumpulan Search jugak mungkin dia pernah dgr hehe..

    BalasPadam
  3. Mat Drat mmg peminat Amy dan Search, membesar dengan lagu-lagu mereka. Pernah 2 tahun bekerja bersama mereka.

    Lagu Mentari Merah di ufuk timur ni memang best...yang versi nasyid dengan Rabbani ni pun best

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah sekarang orang dah mula boleh terima bola penyanyi nasyid bergabung dengan penyanyi rock dan menyampaikan masej yang penuh dengan nasihat bagus satu perkembangan yang baik nak dengar lah lagu ini...

    BalasPadam
  5. Rabbani ni satu kumpulan nasyid favorite zaman tahun 2006..time tu semua lagu nasyid di burn ke dalam DVD sebagai koleksi..haha

    BalasPadam
  6. Kedua-dua artis ni memang unggul dalam genre masing2. Kolaborasi berdua dalam lagu ni memang menjadi. Yang penting liriknya.

    BalasPadam
  7. rindu pulak dengan arwah uztaz asri ni. Suara dia pun merdu sangat setiap kali nyanyian dia. lagu ni memang best kolabrasi mereka berdua. padu

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing and also you thoughts about this.

    BalasPadam
  9. Bila 2 nama besar dalam genre masing-masing bergabung dalam sebuah lagu pasti menarik. Yang penting apa yang nak disampaikan dalam kolaborasi mereka. Kena hayati lagunya lah.

    BalasPadam
  10. Terbaiklah. sedap pulak dengar ..

    BalasPadam
  11. terima kasih atas artikel ini, memang boleh sy sharekan dgn sahabat2 muslim sy. i find the meaning and lyrics of the song very meaningful!

    BalasPadam
  12. no comment lah bab genre rock sekarang lebih banyak berkhayal sebab definisi pengajaran lagu tu berbeza bagi setiap orang. tak semestinya lagu dulu banyak pengajaran compared to sekarang or vice versa.

    BalasPadam
  13. Tapi zaman dulu punya rockers memang ada yg buat lagu dakwah pun kan. Lirik diorang tu banyak tentang Ketuhanan actually. Siapa yg faham, faham la.

    BalasPadam
  14. Suara yg tk mengecewakan sejak dari dulu tp arwah ustaz Asri ada mesti lg sempoi dan powerrrr

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS