Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 03, 2019


Assalamualaikum, kelmarin kita sudah masuki di dalam bulan Zulhijjah, Bulan terakhir di dalam kalendar Islam. Oleh itu jom kita tingkatkan amalan di awal bulan Zulhijjah..

Oleh kerana keutamaan yang banyak inilah, maka digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan soleh. Di antara amalan-amalan yang boleh dilakukan ialah :
.
1. BERZIKIR
.
Berzikir yang lebih diutamakan di hari-hari yang sepuluh ini adalah dengan memperbanyak takbir, tahlil dan tahmid. Rasulullaah Sallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Maka perbanyaklah di hari-hari tersebut dengan tahlil, takbir, dan tahmid.”
.
Bukan hanya dilakukan di masjid atau di rumah sahaja, tetapi juga digalakkan untuk dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa saja. Bahkan para Sahabat Nabi sengaja melakukannya di tempat-tempat yang mempunyai ramai orang seperti di pasar.
.
2. BERPUASA
.
Berpuasa termasuk dalam amalan yang sangat disukai oleh Allah. Cuba kita rancang hari-hari yang dapat kita berpuasa dalam 9 hari pertama ini. Jika tidak dapat berpuasa selama 9 hari berturut pun, pilihlah hari-hari yang lain. Jika tidak dapat juga, cubalah juga untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah itu sendiri. Baginda Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : "Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."
.
3. MEMBACA AL-QUR'AN
.
Rasulullaah Sallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : Al-Qur’an adalah sebaik-baik zikir.
.
4. BERSEDEKAH
.
5. MELAKUKAN QURBAN
.
Qurban adalah ibadah yang disyari’atkan setahun sekali dan dilaksanakan di bulan Zulhijjah. Ibadah qurban itu merupakan kekhususan dan syi’ar yang hanya terdapat di dalam bulan Zulhijjah. Di dalam Surah Al-Kauthar, ayat ke 2 : "Maka dirikanlah solat kepada Tuhanmu dan sembelihlah qurban."
.
Akhir sekali, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah. Kita mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan taufiqNya agar kita dapat mengisi sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah dengan amalan-amalan soleh, dan diterima oleh Allah sebagai pemberat timbangan kebaikan kita di Padang Mahsyar kelak.


 ** Rujukan dari facebook Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. In shaa Allah.
    Kita rebut pahala di tika begini.
    Berdoa sebyk mungkin.
    Bertaubat tu mestilah kan. Sepanjang masa...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Allah. Tak lama lagi da nak masok raya korban dah kan. Sekejap je masa berlalu. Moga kita mendapat berkat dengan setiap amalan kita

    BalasPadam
  3. sekejap je baru lepas raya puasa dah nak raya haji tak lama lagi. bagus jugak amalkan dapat kumpul banyak pahala. tahun ni ada buat korban tak?

    BalasPadam
  4. Terbaiklah perkongsian tuan kali ni. Sangat sesuai dah masanya kan. Saya harap tuan dapat kekalkan penulisan niche sebegini untuk santapan rohani dan peringatan nasihat untuk saya dan juga semua.

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah. Terima kasih di atas ingatan ini. Moga kita semua diberikan kesihatan untuk terus beramal kepadaNya. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat dari perkongsian ini.

    BalasPadam
  6. Terima kasih saling mengingati. InsyaAllah rebut pahala di bulan Zulhijjah. 💪💪
    Salam Zulhijjah untuk awak..
    Suka perkongsian yang selalu dihebahkan.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum... sis datang sini balas kunjungan dn dpt baca perkongsian yang hebat ni... alhamdulillah... moga2 amalan kita akan di berkati olehNya.. sama2 kita berusaha..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.. Saya jumpa blog ni di group fb. Salam perkenalan, jemput2 la singgah ke blog saya. Terima kasih

    BalasPadam
  9. Terima kasih diatas perkongsian ini. Moga kita semua sama2 dpt merebut pahala dalam bulan mulia ini.

    BalasPadam
  10. Terima kasih di atas perkongsian yg sangat bermanfaat ini. Kadang kita nie bukan tak tahu, kita tahu tapi kita tak buat. Jom beramal !

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS