Assalamualaikum dan selamat malam semua, pada malam ini Naim share satu nasyid dari kumpulan Inteam yang bertajuk LabbaikAllah. Ini adalah official music video dari kumpulan Inteam. Ia sangat bersesuaian dengan bulan Zulhijjah para Jemaah Haji sedang menunaikan ibadah haji di Mekah. Semoga beroleh Haji Mabrur.
Apa kata kita layan lirik dahulu ya..
Labbaik Allahumma labbaik Labbaika la syarika laka labbaik Innal hamda wan ni'mata Laka wal mulka la syarika lak Ku menyahut panggilan-Mu Tiada sekutu bagi-Mu Puji, nikmat dan kuasa Milik-Mu tiada setara Hadirku menuju kota yang mulia Ku serahkan harta benda jiwa raga Demi mengharapkan keredhaan Air mata tak mampu tertahan lagi Bila ku menatap Baitullah yang suci Ya Allah ampuni diri ini Ku sesali dosa Ku panjatkan doa Kabulkanlah permintaanku Dunia dan akhirah Kurniakan hasanah Jauh dari seksa neraka
Sekarang kita dengar lagu pula...
![]() |
Ayat 27 Surah Al Hajj |
Kita di Malaysia banyakkan berdoa kepada mereka di sana gembira melakukan ibadah di dua tempat Haram iaitu Mekah dan Madinah. Kita boleh sahaja melakukan amalan soleh. Bagaimana nak lakukan amalan soleh pada bulan Zulhijjah. Jom baca entri ini iaitu Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah dan Sunnah Hampir Pupus- Ustaz Wadi Annuar . Oleh itu, Jangan lepaskan peluang keemasan itu berlalu begitu sahaja. Inilah peluang yang ada sekali sahaja di dalam tahun ini, kalau tidak dapat tahun ini, maybe next year? Jika kita masih di beri peluang hidup lagi..
Wallahualam
hari 6 zulhijjah.
BalasPadamalhamdulillah. berbaki beberapa hari lagi.
hari-hari yg penuh barokah buat kita.
tiap ptg aida tonton program tentang haji di tv.
sgt suka meskipun info nyer sama je.
impian dpt tunaikan haji di usia muda, in shaa Allah...
lirik lagu nyer nice. gagal nak dgr alunannya. x dpt nak load :(
Saya pun sayu bila dengar nasyid ini. Sahabat baik saya kini berada Di Mekah bersama keluarganya. Doakan juga sahabat saya dipermudahkan urusan , mendpt haji yg mabrul, Dan pulang dgn selamat.
BalasPadamAlhamdulillah , suka dengan muzik videonya. Setiap tahun pastinya akan ternanti-nantikan raya haji selain raya puasa. In shaa Allah di masa akan datang akan berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji. :) terima kasih atas perkongsian ya
BalasPadamMendalam betul liriknya ye. Dah lama dah rasanya takde nasyid baru yang liriknya mendalam macam ni. Thank you for sharing.
BalasPadam👍😉
BalasPadamKalau hayati betul betul lagu lirik ni, memang boleh meruntun hati.
BalasPadamRasa dicarik-carik hati ni untuk ke sana. Semoga kita semua di beri rezeki untuk ke sana menunaikan haji. Aamiin
Semalam dengar berita, rasa sedih pula bila 26 jemaah haji dah tiba di sana di hantar pulang balik sebab visa tak lepas. Allah. (Mereka ikut melalui agen pelancongan)
kalau dengar rasa sayu je. rasa macam, bila la aku ada peluang untuk pergi. Semoga ada rezeki untuk ke sana. amin
BalasPadamTak lambat lagi dah nak Aidil Adha... Semoga semua para jemaah haji mendapat haji mabrur...
BalasPadamAlhmdulillah perkongsian yang amat menarik..smoga ibadah kita diterima olehnya..dan insyaallah jika umur panjang dan diizinkannya, saya juga nak ke sana suatu hari nanti..doa2kan la ye..
BalasPadamWahh. Lagu baru ke? Mcm tak pernah dengar. Tiba2 rasa rindu suasana dkt umrah. Doa2 kan kita semua dapat ke sana lagi
BalasPadamtak lama jer lagi ...rindu nak jejak sana lagi , sayu jer tiap kali tengok umat manusia yang beruntung dapat menunaikan haji ...semoga mereka mendapat haji yg mabrur
BalasPadamLagu nasyid Inteam dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan. Sayu je dengar lagu ni. Seolah-olah kita di sana. Moga ada rezeki kita semua ke sana nanti.
BalasPadamsebagai sorg yg bru nk mula belajar ttg Islam, artikel ini mmg byk menolong. thank you for sharing, especially Ayat 27 Surah Al Hajj :)
BalasPadamdengar lagu ni, sekjp je dh nak raya haji..ahad ni kan..sayu dngr lagu ni..sebb bila dgr, doa dlm hati dapatla menunaikan haji suatu hari nanti..
BalasPadambestnya kalau dapat pergi sana, nak rasa berhaji di sana sambil melawat makah Baginda,. beruntung siapa yang menjadi tetamu Allah tahun ini
BalasPadamTerbaik tuan. Jika difikir dan difahami maksud sebenar bait2 lirik pasti akan menginsafkan kita kan :) Bagi yang mengerjakan ibadah haji tahun ni pula mesti akan terkenang bagaimana Nabi junjungan kita buat pertama kali selepas hijrah ke Madinah tidak dapat mengerjakan haji malah terpaksa melalukan perjanjian Hudaibiah.
BalasPadamHarap juga 1 day dapat jadi tetamu Allah menunaikan Haji di tanah suci Mekah. Kalau xpun dapat buat umrah. Sedaplah lagu ni dengan nyanyian + music yang best.
BalasPadamBagus perkongsiannya
BalasPadamwww.drbasya.com