Bangkit Versi Akustik - Salammusik, Altimet Ft. Az Samad

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 26, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Semoga anda semua sihat-sihat belaka. Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Semoga kita akan beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Insha Allah. Bagaimana dengan cuaca di tempat anda semua? Di kawasan Naim sudah baik dari jerebu yang melanda di Malaysia tempoh hari.

Pada pagi ini Naim nak share lagu Bangkit versi Akustik dari Salammusik, Altimet dan Az Samad. Lagu ini di jenamakan semula dengan versi Akustik, Gabungan dua genre reggae dan rap . Lagu Bangkit sememang sesuai dengar oleh lapisan masyarakat Malaysia. Kerana lagu ini tersirat di dalam Lirik nya. Kerana mereka berseni bermula dengan lirik yang menarik.

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Kemudian "

Bangkit di ibaratkan sewaktu jatuh dengan pelbagai masalah. Kita kena bersedia menghadapi masalah yang mendatang. Kerana  kita akan berjuang menepis masalah yang mendatang. Jom kita layan video klip ini dahulu berserta lirik.


LIRIK

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Sedia rentap tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlubang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bangunlah semula
Bangkit tawanlah semula

Bangkit umpama cahaya

Apa macam geng? Lagu di kira sebagai lagu semangat kepada kita semua. Kerana lirik yang ada mengajar kita berfikir dengan waras. Jangan buat perkara sia-sia kerana menyesal tidak upaya kembali kepada asal..

Melayu perlu bangkit dari lena yang lama.
Melayu dulu bangsa yang hebat, masyhur di serata dunia.
Kini Melayu bagaikan atlet yang lama berehat cuti, sehingga obesiti.
Melayu perlu diet, bersenam bersilat kembali."

Wallahualam
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. ewaaahhh! layan reggae.hahaha

    tapi memang kalau melodi asal pun, lagu dia layan juga.macam naikkan semangat

    BalasPadam
  2. perkongsian yang menarik.memang lagu macam lagu bangkit sebenarnya membawa kita semakin dekat denganNya.

    BalasPadam
  3. suka dengar lagu ni tapi tak pernah dengar lagi version altimet. Lagu ni sesuai sangat untuk suntik semangat anak muda untuk bangkit dari takuk lama.

    BalasPadam
  4. altimet ni memang hebat kan lagu2 dia, ada makna tersirat dalam penulisan lirik2 nya.. Salam ukhuwah dari Kak AJ, follow sini #637

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah jerebu kawasan rumah pun dah pulih. Bila baca bait bait lirik dia, ada maknanya yang mendalam. Kita yang sedang lena tak boleh terus lena kita perlu bangkit dan tak boleh berputus asa

    BalasPadam
  6. lirik nyer. terbaik.
    kena baca ayat by ayat.
    bermakna.
    lagu altimet memang best dari segi lirik.
    kena bebetul dgr. muzik tu no 2 bagi aida.
    now, kurang sgt lagu yg sempurna liriknya sebegini.

    BalasPadam
  7. @Red Linda Ya. Memang terbaik gabungan dua suara ini heee

    BalasPadam
  8. @Nuna Abdullah Semoga terhibur kerana Naim share lagu yang terbaik dari segi lirik sahaja hee

    BalasPadam
  9. @Farhana Jafri Ya betul, kerana lirik lagu ini banyak kepada semangat dan jati diri .

    BalasPadam
  10. @Ana Jingga Ya. Terima kasih kerana follow blog Naim. nanti naim pi blog akak

    BalasPadam
  11. Suka jugak lagu lagu altimet ni. Dia punya lirik tu ada terselit benda benda yang sinis dan nasihat. Kena fahamkan betul betul

    BalasPadam
  12. Tiber2 ada diet plak kat bawah tu eh.memang suka lagu atlimet ni. Puitis

    BalasPadam
  13. padu btol lah lirik yg altimet tuliskan. heheh. terasa gak bab obese tu. kahkah. tapi yelah, memang itu hakikatnya.

    BalasPadam
  14. Seriously, aku memang tertarik untuk mendengar segala hasil nukilan Altimet dan yang seangkatan dengannya macam Aman RA, Joe Flizzow (Too Phat) dan lain-lain... sebabnya lagu-lagu diorang ni mempunyai lirik yang mendalam... tak kenal maka tak cinta kannnn... so, untuk semua yang di luar sana, cuba amik masa untuk dengar dan hayati genre lagu sebegini... jom...

    BalasPadam
  15. Lagu altimet ni memang best.. saya suka dengar dan amati lirik lagu2 rap.. walaupun rentaknya dan sebutannya lagu, tapi saya suka.. lagi2 lirik tu lebih kepada ketuhanan dan kehidupan seharian, jarang2 lagu kisah cinta yg meleweh2.. haha.. tu yg sy suka..

    BalasPadam
  16. Super agree... actually, saya memang suka dengar lagu-lagu dari Altimet juga rakan-rakan sengkatan seperti Aman RA, Joe Flizzow (Too Phat) dan lain-lain... lirik mereka sekiranya kita amat-amati, memang amat bermakna dan menjurus kepada peringatan juga pesanan buat kita semua... tak kenal maka tak cinta kannnn... jom layan genre sebegini pula gaissss... hayati liriknya tau...

    BalasPadam
  17. bila dah tua ni cuma lebih cenderung dengar lagu2 kerohanian n kemanusiaan je.

    BalasPadam
  18. eh ada lagi buat rakaman altimet. ingat dah bersara. btw nice music kalau versi macam ni. best dengar

    BalasPadam
  19. Naim, Ruby pun suka juga dengar lagu altimet ni.

    Wahh, lagu yang Akustik ni gabungan dua genre reggae dan rap . 😄

    BalasPadam
  20. lagu altimet ni biasanya lirik sangat deep. ada mesej dan maksud yang perlu kita fikirkan.

    BalasPadam
  21. bangkit!!
    naik semangat bila dengar lagu ni..buat kita tersedar dari lena yang panjang.

    BalasPadam
  22. Wahh Altimet! Lagu lagu dia mmg ke jiwa tauu.. Lirik dia kena paham satu2 sebab deeeeep sgt sgt. Ni kalau gen Y sesuai sgt music gini. Thumbs up!

    BalasPadam
  23. Yesss kebanyakan lagu genre rap/reggae dia punya lirik memang agak berseni dan bermotivasi sebenarnya. Cuma perlu take action lebih sikit laa untuk paham makna tersirat sesuatu lagu tu. Thanks naim share. Marilah kita bangkit!

    BalasPadam
  24. Saya pun layan jugak lagu ni, nak dikatakam suka tu macam biasa sahaja. Tapi liriknya betul2 sesuai untuk kebangkitan semangat. Semoga kita semua terus bangkit.

    BalasPadam
  25. puitis betul bait2 lagu dia..suka baca lirik dan mendengar mziknya..rasanya penyaynyi ini boleh pergi jauh lagi....suka dengar lagu yang sebegini..mampu memberi impak positif an aura

    BalasPadam
  26. Lirik dia bermakna. Membawa mesej supaya kita bangkit mempertahankan kemerdekaan. Tapi jujur cakap lagunya tak best langsung. Hahaha. Saya memang dengar sampai habis.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS