[Cover Version] Syed- Sumpah Versi Bahasa Arab

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 25, 2019


Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Sudah makan ? Alhamduillah dan bagaimana cuaca di tempat anda? Sini baru benti hujan. Dalam keadaan cuaca macam ini , anda semua kena menjaga kesihatan ya.

Dalam entri kali ini Naim nak share lagu Sumpah dari Naim Daniel , akan tetapi ini cover version oleh Syed dalam Bahasa Arab. Menurut Syed cover lagu Sumpah bertemakan kecintaan kepada baginda Rasulullah. Agar kita dapat sama-sama buktikan rasa cinta kita dan meneruskan perjuangan dakwah yang dibawa oleh baginda. Bagi Naim sememang bersesuai dengan kedatangan Bulan Rabiu Awwal tidak lama lagi. Jom kita layan lirik dan video klip sekali.

LIRIK

َلَمْ يَكُنِ الهُدَى لَوْلَا ظُهُورَهُ رَسُولِ الله
وَلَا ظِلٌّ لَهُ بَلْ كَانَ 
ُورًا تَنَالَ الشَّمْسَ مِنهُ وَالبُدُورًا
َكُلُّ- وَكُلُّ الْكَوْنِ أَنَارَ
بِنُوْرِ طَهَ يَا نَبِيَّ اللهِ المصطَفَى

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى حَبِيبِ المصْطَفَى
صَلِّ وَ سَلِّمْ لِلنَّبِي خَيْرِ الْبَشَر
دَبِيْبُ دَمِّ الحَيَـاةِ إِلَى عُرُوْقِـي

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى حَبِيبِ المصْطَفَى
صَلِّ وَ سَلِّمْ لِلنَّبِي خَيْرِ الأَنَام
وَآلِ سَـــادَةِ
بِـاَهْـلِ الْـبَـدْرِ يَـا اَللَّهْ

وَكَفُّ المصطَفَى كَالوَرْدِ
كَالوَرْدِ نَادِي
وَعِطْرُهَا يَبْقَى اِذَا مَسَّتْ أَيَادِي

Tidak akan ada - Tidak akan ada hidayah sekiranya baginda tiada
Tiada bayang bagi baginda kerana baginda sendiri
adalah cahaya, bahkan (seolah2) dari bagindalah matahari dan purnama mendapatkan cahaya
Seluruh- Seluruh alam terang benderang
dengan cahaya Sang Toha (Nabi Muhammad) Wahai Nabi Allah yang terpilih

Selawat dan salam ke atas kekasih Nabi yang terpilih
Selawat dan salam ke atas Nabi sebaik-baik manusia 
Darah kehidupan (sunnah Nabi) telah merayap ke pembuluh darahku

Selawat dan salam ke atas kekasih Nabi yang terpilih
Selawat dan salam ke atas Nabi sebaik-baik makhluk
Selawat dan salam juga kepada ahli keluarga baginda 
Dengan berkat ahli Badar, Ya Allah

Dan telapak tangan baginda manusia pilihan ini bak mawar
bak mawar yang sangat harum

bak mawar yang sangat harum

Video



Antara cinta paling agung dalam hidup adalah cintakan Nabi Muhammad SAW. Berselawatlah ke atas junjungan besar kita baginda SAW. Salam cinta dan rindu keatas baginda. Semoga kita semua bertambah cinta dan sayang akan Nabi insyaAllah.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Waa bagusnya terror betul ni berbahasa arab..to be honest lagu asal tu pon qeela tak pernah dgr, tapi baca dari lirik tu mmg bagus liriknya kan.

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing~ although I don't listen to Malay songs~

    BalasPadam
  3. Bagusnya ada cover version bahasa arab pula, boleh dengar dan menghayatinya.. Thank sharing

    BalasPadam
  4. waalikumusalam.. first time dengar terus terpikat. sedap jugak suara dia

    BalasPadam
  5. Sedap melodinya. Sesuai dengan konsep mencintai Rasulullah saw. Maulidur rasul pun tak lama lagi kan. Syabas kepada komposer dan penyanyinga semua.

    BalasPadam
  6. Waa ini sgt rre ad verai bahasa Arab rupany

    BalasPadam
  7. first time ni dengar lagi ni dalam versi bahasa arab. sungguh merdu dan best sangat. terima kasih atas perkongsiannya ya.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... Terbaik lagu ini utk diamalkan... senantiasa berselawat ke atas baginda rasulullah saw

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS