[Drama Santai 3] Tik Tok

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 19, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua sahabat-sahabat blogger. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Insha Allah. Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi Muhammad :-

" Jika kamu tidak mempunyai perasaan malu, maka berbuatlah sesuka kamu ". ( Hadis Riwayat Muslim )

Feomena budaya tik tok sekarang masih berlegar-legar di dunia alam maya. Terutama wanita yang tanpa rasaass segan silu mempamerkan gerak badan di depan kamera di dalam aplikasi tik tok ini. Ini bukan sahaja menrendahkan martabat sebagai kaum wanita itu sendiri. Pada waktu yang sama, pegangan agama mereka turut tercalar. Ramai akan mengatakan begini akhlak  seorang Muslim.

Jom tonton Drama Santai dari  AlFaizin Studio.



Bagaimana perasaan anda sekarang? Deep tak? hehe.  Pada mutakhir ramai tidak merasai perasana malu. Asbab kerana, aplikasi ini telah memukau dan membuang perasaan malu pada diri mereka sendiri. Jika ia berlarutan, budaya sebegini akan terus subur dan ia akan melanggar larangan Agama Islam jua. 

Oleh itu, para ibu bapa dan penjaga kena sentiasa awasi pengerakan anak-anak anda. Awasi anak-anak lebih baik daripada membiarkan mereka lalai daripada melalukan aktiviti tidak berfaedah ini. Macam dalam saranan video tadi, daripada main tik tok lebih baik membaca Al- Quran, berzikir kepada Allah , tak pun berselawat kepada Nabi Muhammad. Baca pun dan tenang di tambah pula ganjaran pahala berganda. 

Semoga kita menginsafi apa telah kita lakukan selami ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Insha Allah.

Wallahualam.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. I don't play tik tok~ hahaha ... but I do what I want to do!
    Keep going on that spirit.

    BalasPadam
  2. Ya memang tidak dapat dinafikan bahawa media social semakin tenat jika tidak digunakan dengan baik. Harap semua mendapat iktibar :)

    BalasPadam
  3. Dah uninstal tiktok.. Haha.. Tak tau nak buat aoe.. Sebenarnya tiktok ni menarik kalauborang guna dengan betul.. Suka tengok diaorng yang buatvlawak dan menari je.. Yang ngariut2 ntah apa 2 tu memg tak patut la

    BalasPadam
  4. Dh lama uninstall tiktok dan mmg xbagi anak layan. Dulu ada sbb utk job. Settle sume trus stop. Sometime nak cr yg kelakar tapi byk yg buruk dr meghiburkan.

    BalasPadam
  5. Kalau nak diikutkan, semua perkara ada pro and cons... basically kita yang perlu mengetahui buruk-baik segala apa yang kita lakukan... sebagai ibu-bapa definitely kita perlu memantau segala apa yang anak-anak kita lakukan... sekiranya Tik-Tok contohnya digunakan ke arah yang positif, insyaAllah, perkara sebegini tak akan berlaku... pucuk-pangkal adalah pengguna tu sendiri... semoga semua pengguna apps, social media menjadi pengguna yang berhemah dan memanfaatkan penggunaan medium tersebut sebaik-baiknya...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS