Mencintai Dunia Tak Akan Kenyang Selamanya

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 16, 2019


Dewasa ini kita sering melihat perwatakan manusia di dalam mencari dunia sehingga mengabaikan akhirat. Sampai akhirat lari mengejar manusia itu. Ini akibatnya manusia itu akan menjadi lalai daripada mengingati Allah dan Rasul iaitu Nabi Muhammad. Oleh itu, jangan kita mengambil dunia sehingga mengabaikan akhirat . Pesanan para ulamak, ambil dunia biar di telapak tangan dan akhirat di junjung di kepala. Jika dunia terlepas, akhirat masih di atas kita sentiasa bawah.

Betapa ulamak sentiasa memberi nasihat dan pedoman kepada orang awam sentiasa waspada dengan dunia. Kerana dunia ini sangat cantik untuk mengaburi padangan kita. Lihat syaitan memainkan peranan yang sangat hebat sehingga menghasut kita terus mencari dunia sehingga kita lupa siapa yang memberi rezeki kepada kita. Bila kita dapat rezeki yang sangat banyak, kita lupa untuk berkongsi kepada orang lain, dengan kata lain iaitu Sedekah. Sedekah ini satu bahagian yang di kongsi dengan orang lain, sama ada nilai yang besar atau nilai yang kecil pada sisi manusia, akan tetapi di sisi Allah adalah nilai paling besar.

Syeikh Zainul Asri berkata :-

Orang yang mencintai dunia itu tidak pernah merasa cukup. Seperti orang yang minum air laut, semakin diminum makin dahaga. Seperti orang yang dibelit ular sawa, semakin cuba melepaskan diri, makin dibelit dan dicengkam erat. | Syeikh Muhd Zainul Asri. "

Oleh itu, berpada-pada dengan dunia kerana ada masa dunia akan mencengkam kita sehingga tiada ruang untiuk bernafas akhirat yang di cari.  Kalam ini harus di pegang dengan kemas supaya kita tidak terjatuh pada lubang yang sama buat kali kedua. Dunia ini tidak pernah mengenyangkan , akan tetapi akan sentiasa memberi perasaan lapar. Ramai manusia akan bertuhankan dunia, akan tetapi ramai menlupakan Allah pemberi rezeki. Justeru, marilah kita muasabah kembali di mana waktu yang sebaik-baik yang memberi nikmat dan kesihatan yang baik ini. Ia tidak melainkan Allah Yang ESA.  Bersujud kerana bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang di beri. Menadah doa sebagai terima kasih kita di atas pemberian rezeki dan nikmat. ALhamduillah mensyukuri apa yang di kurniaan yang Allah beri kan. Nescaya HATI akan menjadi tenang. Hati yang tenang akan memberi satu anjakan paradigma  atau aura positif di dalam diri kita sebagai hamba Allah..





" Jika tidak.. kembali kepada Allah.... Iman Mutiara!
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS