Ke Arah Penyatuan Umat Islam Sedunia.

Alhamdulillah saya dan rombongan selamat pulang ke tanah air setelah bermusafir ke Tehran.

Saya memenuhi undangan bagi menghadiri Persidangan Kesatuan Islam Sedunia Kali Ke-33 dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Majma' Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 14-16 November di Tehran, Iran.

Saya dan beberapa tetamu diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan 'Kesatuan Ummah Bagi Mempertahankan Al-Aqsa', di samping memberikan pandangan dalam mesyuarat dan bengkel yang dijalankan sepanjang persidangan ini.



Saya turut mengambil peluang untuk merapatkan hubungan dengan pemimpin gerakan Islam dan ulama' yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari seluruh dunia, serta berkongsi pandangan ke arah mengukuhkan perpaduan ummah yang merentasi perbezaan mazhab, demi menjaga kepentingan dunia Islam yang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Semoga maju Jaya Dan semig perjuangan sentiasa utk menjadikan Islam no 1

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS