Sebut Sakit sahaja setiap orang tidak terlepas daripada terkena dengan pelbagai penyakit-penyakit sama ada berat atau ringan bagi antibodi badan kita. Semua sedia tahu, setiap penyakit yang di atas dunia ada ubat dan mujarab. Islam juga sarankan kepada kita berjumpa dengan para doktor atau bahasa lebih mudah bertanya pada ahli. Terfikir tak sahabat-sahabat semua setiap penyakit yang ada pada diri kita bukan kerana sifat KEJAM tuhan kepada kita. Kerana ia satu tanda kasih sayang Allah kepada diri kita. Terfikir tak semasa kita sihat wafiat pernah tak lidah mengucapkan Alhamduillah nikmat kesihatan yang baik.
Wahai sahabat-sahabat semua. Jangan kita terus melulu berkata kepada Allah , kenapa kena dekat aku, bukan kat orang lain. Inilah satu tidak redha akan ketetapan dari Ilahi. Ini membuat kita terus tidak berpercaya Qada dan Qadar dan rasa bertuhan kepada Allah. Inilah satu kerosakkan iman yang nyata. Sebagai contoh , Naim ada ibubapa yang ada penyakit darah tinggi hatta penyakit urat. Saban hari , Naim akan memberi satu AURA POSITIF kepada mereka. Kerana AURA POSITIF akan membawa kepada Redhaan kepada Allah dan sentiasa bersangka baik kepada Allah. Insha Allah, penyakit itu ada akan tetapi kekuatan diri melawan penyakit menjadi 100 %. Ubat makan sentiasa sebagai ikhtiar kepada pemyembuhan.
Ingatlah sahabat-sahabat semua, setiap penyakit ada ubat dan mujarabnya. Dan ingatlah sahabat-sahabat semua. Penyakit ini kita hidapi adalah penghapus dosa-dosa kita . Allah sedia jalan untuk hapus dosa-dosa dengan cara ini memudahkan kita senang masuk ke syurga Allah kelak.
Semoga kita berada di dalam rahmat Allah selalu , Insha Allah.
alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian. kak dapat sesuatu :)
BalasPadamSetuju agar kita sentiasa bersangka baik dengan Allah swt.
BalasPadamUjian dariNya adalah tanda bahawa Allah swt masih mengingati kita.
Semoga setiap kesakitan yang allah bagi itu boleh tambah keyakinan dan pahala untuk diri kita. Siapa nak sakit tapi kalau allah tegur maknanya dia nak ubah kita jadi lebih baik.
BalasPadamYang penting kita bersabar dan redha dengan kesakitan itu. Barulah kita lulus ujian dan InsyaAllah ganjarannya ialah syurga.
BalasPadamYa jangan dikesali apabila penyakit singgah ia penghapus dosa kalian..Allah itu maha adik...
BalasPadamAminn insyaAllah. Yes, setiap kali ditimpa musibah termasuk penyakit pun akan selalu fikir macam ni. Memang perlu banyak bersabar dan sokongan moral orang sekeliling pun sebenarnya cukup memainkan peranan yang penting.
BalasPadamsetiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan, biasalah kalau nak berjaya tak semestikan tidak menempuh apa-apa dugaan dan rintangannya. Moga sy tabah jika sedang diuji. Aamiin
BalasPadammasa sakit ni kadang kita bersyukur lebih sikit. Lepastu masa ni la muhasabah diri
BalasPadamKata orang tua-tua setiap sakit yang datang dapat mencuci dosa-dosa kecil yang kita pernah buat.Sentiasa memohon keampunan dariNya.
BalasPadamSetiap orang akanmengalami sakit..memnag takkan lari dari sakit..tu buat kita tersedar Allah nak uji kita..Setiap ujian yang datang Alah nak tengok umatnya boleh bersabar atau tidak
BalasPadamBetul tu. Sakit bukanlah satu bebanan tali sakit yang kira rasa tu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita. Sebab bila sakit tu mengurang dosa doaa kecil kita dan menambahkan ibadat kita padaNYA
BalasPadamSetuju, penyakit memang penghapus dosa dan tanda bahawa Allah sayang kita. Tapi, kesihatan yang ada janganlah disia-siakan pula ya, mesti jaga diri baik-baik :)
BalasPadamSetiap kali sakit atau ada musibah, dari situlah kita kena belajar bersyukur kerana masih disayangi Allah. Nice entry
BalasPadamOK sedap nasyid ni... Mendayu2... Lagi pulak suara Lah Ahmad memang sedap betul. Kdang2 bila mnyanyi Lagi2 nasyid ni tinggal kesan dekat hati ni... Semoga seluruh keturunan kita diperlihara hati dan perbuatan
BalasPadamI believe God always have the best plan for everyone. That’s why everything happened for a reason. Thank you :)
BalasPadamBetul. Ujian tu tanda Allah sayang tanda nak kita ingat dia selalu
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini. Alhamdulillah Allah dtgkan sakit itu tanda sayang pd kita, supaya kita sentiasa mengingatinya.. Syukur Allah mengingatkan kita dlm pelbagai bentuk samada dlm dugaan, ujian, mahupun musibah...
BalasPadamSetiap yang terjadi telah tertulis begitu takdirnya. Tugas kita, redha dan ikhtiar. Semoga kesudahan yang baik-baik untuk kita semua.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. sememangnya selalu jugak dengar di ceramah mahupun khutbah jumaat berkenaan sakit adalah penghapus dosa.
BalasPadamTerima kasih untuk peringatan ni, memang betul dan kita sebagai manusia kena sentiasa ingat takkan selamanya kita senang dan sihat. Sakit itu satu rezeki juga untuk menyedarkan kita sekiranya kita sudah tersasar jauh.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian & nasihat.. sy pun ada ketika rasa down apabila sakit dtg.. tetapi hati kena kuat dan sentiasa bersabar..
BalasPadam