Sebut sahaja sesiapa sahaja di dalam dunia ini tidak pernah merasai berputus asa apa yang berlaku pada diri kita. Hatta diri Naim sendiri berada di zon sangat-sangat yang tidak mampu di cerita di dalam artikel kali ini. Apa maksud sebenar berputus asa ini? Berputus asa bermaksud sesuatu yang kita lakukan atau kita hajati tidak dapat di penuhi sekelip mata. Dan apa kita mahukan tidak mampu kita miliki sama ada kehendak atau keperluan seharian kita.
Dengan keadaan kehidupan kita sekarang sama ada di bandar atau di luar bandar kita akan berada keadaan dua zon yang berbeza. Yang pertama Zon selesa , selesa bukan bermakna kita sentiasa mendapat apa kita hajati akan tetapi zon selesa kita berada satu tahap yang mana kita boleh berfikir secara waras dan boleh menyusun strategi yang mampu membina diri dan kehidupan yang sempurna dan lebih baik. Manakala yang kedua Zon Tidak Selesa, jiwa kita akan menjadi gelisah dan tidak tenteram . Macam akan berlaku sesuatu perkara yang tidak baik akan menimpa kepada diri kita. Asbab itu kita kena keluar di zon Selesa dan Zon tidak selesa ini.Bukan bermakna kita menyendiri. Tak sama sekali!.
Hendak menjaga hati dan perasaan daripada terjebak kepada putus asa ialah jagan terlalu memikirkan sesuatu sehinggan menjadi stress . Jika stress, badan kita akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Otak ligat berkerja akan kelamaan nya ia akan menjadi mata menjadi layu dan cepat mengantuk. Oleh itu, mari kita muasabah diri kembali apa perlu kita lakukan untuk tidak terlalu berputus asa di dalam kehidupan seharian kita.
Ubatnya ialah :-
Selaku seorang MUSLIM, kita kena kembali kepada ajaran agama kita iaitu Agama Islam. Berlarilah saudara-saudari kepada ajaran agama kita. Dengan agama kita dapat membaiki diri. Sentiasa berfikir positif pabila di hadapi dengan ujian yang mendatang kepada diri kita. Dengan itu, hati kita akan menjadi tenang apabila otak kita telah di setkan sebagai perkara yang POSITIF.
Jagalah hati dengan bersangka baik kepada Allah. Setiap ujian yang datang daripada Allah adalah terbaik di dalam hidup kita, sentiasa lidah basah mengingati Allah dengan cara berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana dua perkara ini sentiasa di lakukan setiap hari . kita akan terhindar satu penyakit berputus asa dan tidak yakin kepada Qada dan Qadar daripada Allah S.W.T.
Wallahualam.
Jaga hubungan dengan Allah, insya allah perkara baik kepada kita akan terjadi. Terima kasih atas perkongsian dan penulisannya
BalasPadamjangan putus asa, kita harus berani gagal untuk mencapai kejayaan, belajar dari kegagalan.. serta bersangka baik dengan Allah
BalasPadamSinggah & Follow (^^,) Ujian tanda Allah sayang. Setiap org bentuk ujian adalah berbeza. Kena terus istiqamah, muhasabah & bersangka baik dengan Allah swt. Nice entry.
BalasPadamJemput join : SNM Bloglist Batch 1
Love, SNM
terima kasih dengan perkongsian ni. dalam apa jua keadaan sekali pun kita kena jaga solat. sebab solat tu tiang agama. dari solat jugak kita akan rasa lebih tenang.
BalasPadamInsya Allah tq naim for sharing
BalasPadamjaga hati. Jangan ada warna hitam walau sedikit. In syaa Allah semua dipermudahkan olehNya.
BalasPadamjaga hubngan dengan Allah dan manusia..dan sentiasa positif dalam melakukan apa sahaja perkara..kena ada sentiasa sikap bersangka baik..untuk membersihkan hati
BalasPadamBeautiful post. It’s true sometimes it is frustrating when you can’t achieve what you want. Tapi as a muslim I will always motivate myself that “sbaik kita merancang, Allah S.W.T adalah perancang yg terbaik” He knows what’s the best for us and He gives us what we need not want. Thank you for sharing. Your post makes me calm.
BalasPadamYa betul.. Hubungan bukan saje kena jaga dengan Allah, dengan manusia pun kena jaga..Allah Maha Mengetahui.. Semua Allah memudahkan urusan kita hendaknya, InsyaAllah
BalasPadamKdang entry ni beri kita semnagat untuk terus berjaya..takkan berputus asa buat sesuatu kerja..semua perkara yang kita buat kena ikhlas
BalasPadamBe strong and keep your faith! Good luck & God bless your family~
BalasPadamthank you dengan posting ini. sangat memberikan manfaat kepada saya hari ini
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini. Sekali sekala, perlu juga diingatkan dengan artikel sebegini sebagai peringatan dalam urusan-urusan kerja.
BalasPadamApa apa yang berlaku elakkan atau jangan pernah buruk sangka. Kena sentiasa yakin ada kebaikan yg tak tercapai dek akal kita
BalasPadamYes. Keep positif dan jangan putus asa. Ada tu hikmah di sebaliknya. Kita tak nampak lagi tapi lambat laun kita akan tahu. Allah ada cara dia dan perancanganNya utk kita. =)
BalasPadamye teruskan usaha jangn putus asa bila terjatuh
BalasPadambetul tu.. kalau terjatuh.. menangis lah sekejap tak apa.. lepas tu bangkit semula.. bina matlamat baru.. untuk kehidupan baru.. disamping tawakal pada Allah mohon Allah permudahkan semua..
BalasPadamAllah banyak bantu dalam kehidupan kita. Kita je sering lalai dan alpa. Bukan nak putus asa tapi kadang-kadang air mata juga membantu untuk terus bangkit dan paling baik adalah ketika sujud kepadaNya.
BalasPadamsiapa je yang tak pernah tersungkur, diri sendiri pun pernah. tapi ingat balik allah nak terus kita kuat dan terus berusaha. sebenarnya sebagai teguran juga untuk lebih ingat kepadanya. tiada kuasa lain yang hebat melainkan allah maha satu.
BalasPadamLumrah kehidupan...setiap org psti ada pengalaman pahit dalam hidup...dan pasti akan ada hikmah yg allah berikn pd masa depan yg kita xketahui...yakin lah...perancangan allah itu lebih hebat dari kita
BalasPadam