Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua, Naim harap semua berada keadaan baik-baik belaka dan kesihatan yang baik kan. Sekarang musim cuti persekolahan akan berakhir tidak lama lagi. Sekarang para ibu bapa sibuk membeli persiapan untuk sesi persekolahan pada tahun 2020. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua . Sebenarnya hendak menulis entri kali ini memikirkan kena satu entri yang 'agar panjang' daripada kebiasaan Naim menulis di dalam ruang entri blog ini. Kerana kita akan melangkah pada tahun 2020 satu tahun yang dahulu Naim di bangku sekolah sentiasa mendengar dengan Wawasan 2020. Pada waktu itu, berfikir pada tahun 2020 macam-macam yang baharu akan kita kecapi seperti Kereta Terbang kan? hehe.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini yang Naim ingin nukilan ini , setelah terpandang satu iklan pemilik syarikat siaran berbayar di tanah air Malaysia. Begini ceritanya, sebenarnya mereka memberitahu satu kaedah yang baru untuk layari perkhidmatan mereka bukan sekadar picit remote control dan sandar di kerusi di rumah anda. Akan tetapi ia boleh stream melalui perkakasan eletronik sekarang seperti smartphone, ipad hatta laptop melalui aplikasi .
Pada iklan tersebut memaparkan beberapa orang kanak-kanak di dalam linkungan umur dari 8 tahun hingga 12 tahun . Jelas kanak-kanak dalam iklan tersebut memberitahu cara mengguna aplikasi tersebut dari step by step. Ini adalah racun membunuh secara senyap perkembangan kanak-kanak di usia yang muda. Nak jadi seperti ini?
Secara peribadi ia akan membunuh kehidupan anak-anak tersebut dan membuat diri mereka terasing di dunia realiti kerana angkara satu smartphone sahaja. Jiwa mereka seperti ketagih kepada smartphone sahaja. Ini membuat mereka akan cepat marah jika tidak di beri smartphone oleh ibu bapa mereka. Kepada syarikat siaran berbayar itu kena lebih peka dan kesan kepada kanak-kanak. Jangan berfikir kepada keuntungan sahaja ini melibat kepada kesan jangka panjang pembesaran kanak-kanak tersebut. Kekadang pada usia yang muda sudah berkaca mata dengan power yang sangat tinggi. Bila soal selidik , sudah terdedah kepada gadget pada usia yang muda.
Berbeza di zaman kanak-kanak yang lahir pada 90-an seperti Naim ini. Jika usia seperti ini tambah pula musim persekolahan macam-macam aktiviti yang boleh di lakukan. Bermula pada pagi akan pergi bermain aci ligan, aci sembunyi ,galah panjang dan melihat rakan-rakan ngail di longkang, lihat mesin padi ambil padi (biasalah rumah dekat sawah padi). Manakala di sebelah petang pula macam pagi tadi juga kekadang main bola sepak. Acara tersebut bersambung pada hari keesokannya sehingga masuk sesi persekolahan jua.
Oleh itu, Iklan sebegini banyak memberi kesan negatif sangat jelas. bersama-sama kita bantah dan lawan kepada kesedaran moral di kalangan anak-anak kita bahayanya gadget pada usia muda.
nice sharing..betul tu. ida sndiri tak berapa suka lihat anak2 yg diberikan gadjet semata2 utk diorang duduk diam. tak slh nk layan mereka sbntr. kesannya, bila gadjet tu takde kat tangan..mula anak2 nk mengamuk. akhirnya mak ayah mengalah bagi jugak sedangkan diorang ajar dari mula
BalasPadamAlhamdulillah anak2 kak takda la ketagih gajet sangat. Depa lebih suka main di luar dan kak pun jarang nak bagi smartphone ke depa 😁
BalasPadamsalam,tahniah sebab terpilih sebagai salah seorang pemenang =)
BalasPadamhttps://at-tarmizi.blogspot.com/2019/12/tamat-tempoh-contestpengumuman-pemenang.html
abe kie dah mula kurangkan penggunaan hp kpd anak kecil tu yg umo 4 thn..
BalasPadamTak jugak. Bergantung pada kawalan ibu bapa. Ada baiknya aplikasi dan smartphone nie tp berpada. Ibu bapa kena control. Jgn biarkan anak main sampai berjam2
BalasPadamBetul sangat, mula tahun 2000 ni anak-anak lebih kepada fokus depan gadjet dari bercakap..
BalasPadamAlhamdulilah anak-anak Sis zaman 90an membesar dengan belum ada semua lagi kemudahan dunia internet ni, termasuk Sis sendiri heheheh
terbaik perkongsian, itulah ...risau apa yang jadi pada mereka nanti...dulu, main batu seremban, ting ting..galah panjang...tu jadi manusia..sekarang ni...budak sekarang. urmm...
BalasPadamkalau tak beri tab gadget...mengamuk macam apa...
Setuju dengan artikel ni.
BalasPadamIbubapa sekarang ni kena extra rajin jangan malas-malas dan nak mudah dibaginya anak tu smartphone pastu anak-anak pun lekalah dalam dunia alam maya tu.
Setuju sangat. Kadang2 stress bila dengart bebudak menangis sebab nak melayan YouTube. OMG dari usia muda dah menatap skrin hp. Untuk perkembangan pendidikan dan sebagainya memang baik tetapi kontra pun turut ada. Pandai2 lah ibu bapa di luar sana mengawalnya.
BalasPadamPerkongsian yg sangat menarik..budak sekarang lagi advance die pny kebijaksanaan tue.. Kna pantau jgk as a parents.
BalasPadamBetul tu. smartphone ni boleh bagi positive vibes dan somehow negative vibes. Moga kita gunakan manfaat telefon bimbit dgn baik utk anak anak
BalasPadamsaya rasa isu ni berbalik kepada ibu bapa. kena ada kawalan dari ibu bapa tentang apa yang baik dan apa yang tak baik. juga had kan masa dan pelbagaikan aktiviti :)
BalasPadamGreat sharing, I've never give my kids gadgets I think the best alternative is a book and drawings, that'll keep them busy.
BalasPadamsetuju sangat dengan tulisan ni, nak bagi gajet pada anak2 harus kawal dan limitkan.
BalasPadamTerima kasih di atas ingatan. Memang sekarang ini smartphone dan gajet boleh melalaikan bukan sahaja kepada anak-anak, malahan diri sendiri juga
BalasPadamSebenarnya...smartphone ni bukan je musnahkan kehidupan kanak2 malah org dewasa juga...cuba kita lihat masyarakat hari ini...dimana2 sahaja...baik di kedai makan, baik di dlm lrt...semuanya busy dgn smart phone...ada baik n ada buruknya..
BalasPadamKehidupan orang dewasa juga musnah. Leka dan lalai. Solat lewat, lambat memasak, takmo jaga anak, main game dan etc. Zaman dah maju, kita harus faham sebab dan apa kebaikannya.
BalasPadamKalau asyik teringat zaman kita membesar, memang jauh panggang dari api. Zaman kita penuh dengan komunikasi dua hala dan eye contact. Zaman sekarang semua melihat dari gadget. Lihat kehidupan kanak-kanak dr luar negara review toys, mereka terikut. Realitinya toys itu mahal.
Orang dewasa memainkan peranan. Tidak kira sama ada dari ibu bapa, datuk nenek, jiran, kakak abang saudara dan pengasuh. Perlu ringan mulut menegur. Tengok apa tu? Atau set masa limit utk 2 jam sehari utk menggunakan gadget. Kurangkan hayat bateri jika kanak-kanak degil taknak lepas kan gadget.
Teknologi dah ada. takkan takmo enjoy. Nanti di sekolah juga menggunakan ipad. Nanti anak ketinggalan juga merisaukan. Ballance elok-elok okay. Hehehe
Panjang pula akak tulis. haha