Berkat Hidup- Sejauh Mana Kita Amalkan Sunnah & Gaya Hidup Rasullullah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 06, 2019


" Berkat kehidupan kita ialah pada sejauh mana kita mengamalkan sunnah dan gaya hidup Rasulullah dalam kehidupan kita



Dalam menyusuri kehidupan seharian kita, terfikir tak kita sebagai manusia yang sentiasa taat kepada perintahnya. Berapa sunnah Nabi Muhammad yang kita lakukan selama sehari. Ramai yang mengambil ringan , soal ini kerana tidak beroleh ganjaran di depan mata. Jika ada ganjaran di depan mata mesti akan beratur panjang mengamalkan sunnah Baginda Nabi Muhammad. Sunnah Nabi Muhammad boleh di amalkan seperti seorang lelaki sebagai contoh menyimpan janggut.Menyimpan janggut adalah sunnah paling kecil yang boleh di amalkan dan niatkan menuruti sunnah Nabi Muhammad, Insha Allah akan beroleh ganjaran pahala.

Banyak lagi sunnah-sunnah Nabi Muhammad , boleh kita teladani semasa di usia kanak-kanak lagi sehingga dewasa kelak. Akan tetapi, generasi yang membesar sekarang lebih terdedah dengan femenomena popupariti dan artis sahaja. Ini mengakibatkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad akan tenggelam.

Semoga kita semua, tidak luput mengamalkan sunnah-sunnah baginda Nabi Muhammad. Kerana mengamalkan sunnah Baginda Nabi Muhammad adalah cara zahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad. Rasullullah telah wafat 1440 sudah, kini hanya tinggal sunnah-sunnah baginda sahaja. Rugilah kita kalau tidak mengamalkan pada akhir zaman ini. Dan jangan lupa, berselawat kepada Nabi Muhammad , semoga kelak kita akan mendapat syafaat daripada baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS