Burung Undan Menyerang Petani Zionis

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 09, 2019
sumber Harian Metro

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Bagaimana anda pada hari ini, Naim harap semua baik-baik belaka. Alhamduillah di musim cuti persekolahan ini ada banyak jemputan kenduri kahwin. Rancanglah perjalanan anda semoga selamat semasa pergi dan balik. Insha Allah. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga kita kelak mendapat syafaat daripada Baginda.

Sebut sahaja Zionis siapa tidak kenali mereka. Mereka sangat kejam membantai rakyat Palestin. Tidak padan mereka hanya sebagai pendatang ke bumi suci Palestin yang tercinta. Keratan berita dari Harian Metro ;-

Beit Alfa, Israel:Ketika nelayan Palestin sukar menangkap ikan kerana pelbagai sekatan oleh rejim Zionis, puluhan ribu burung undan yang berhijrah dari Balkan ke Afrika menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada penternak ikan Israel.
Burung terbabit yang melarikan diri dari musim sejuk singgah di negara itu dan memakan ikan diternak menyebabkan penternak Israel membelanjakan ratusan ribu ringgit dalam usaha menghalang.
Penternak menggunakan pelbagai cara, termasuk pembesar suara, pancaran laser malah menembak menggunakan peluru kapur namun gagal.
Dianggarkan 50,000 burung itu singgah di Israel ketika musim sejuk sebelum kembali Eropah.
Menurut pengurus besar sebuah pusat ternakan, Eli Sharir, sebelum sampai ke Israel, burung terbabit tiada tempat untuk singgah dan kerugian dialami amat besar.
“Kita bercakap mengenai jutaan shekel (ringgit) setahun,” katanya.
Sejak beberapa tahun lalu, penternak terpaksa memberi makanan percuma kepada burung terbabit bagi mengelak ia menceroboh kolam ternakan.
Mereka terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi melepaskan ikan hidup di satu kolam takungan air di utara Israel untuk melepaskan ikan hidup sebagai makanan burung terbabit.

Benarlah firman Allah dalam Surah An-Nasr ayat 1 :-


Di saat mereka membantai rakyat-rakyat Palestin. Mereka terlupa DOA Orang Mukmin sentiasa di pohon kepada Allah. Akhirnya bantuan Allah tiba dalam makhluk yang sangat kecil iaitu BURUNG sahaja. Bergembiralah wahai-wahai orang mukmin, bantuan Allah semakin hampir tiba. Jangan ragu dengan Allah, sentiasa berdoa kelak Palestin akan kembali di dalam genggaman orang Islam.




sumber berita :-

https://www.hmetro.com.my/global/2019/12/524885/burung-undan-punca-petani-israel-rugi-besar?
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Subhanallah Allahuakbar MashaaAllah! yakin dengan janji-Nya. pasti.

    thanks for sharing ilmu ni. baru tahu hehe

    BalasPadam
  2. Perancagan Allah utk rakyat palastine adalah lebih baik.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS