Kmy Kmo FT Luca Sickta - Nekad

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 09, 2020


Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Agar lama tidak menulis waktu malam sebegini. Rasanya dah lewat kan , jam sekarang menunjukkan sudah jam 10.18 malam ketika Naim menaipkan entri ini. Entri malam ini , Naim hanya nak share satu lagu dari Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu sudah lama di dalam youtube pada tahun lepas lagi. Naim baru sahaja layan lagu genre sebegini kerana ia memaparkan beberapa bahasa yang agar tinggi untuk di tafsir oleh orang awam. Kerana mereka mengabungkan beberapa kosa kata dan gaya bahasa metafora di dalam Kesusteraan Melayu di adapatasi dalam muzik ini.

Jom kita layan lirik dahulu..

LIRIK

Tapak Tapak Makan Hari Tunggu Masa Putus Tali
Biar Luar Kaki Ayam Dalam Berbekalkan Taji
Lepas Purnama Mengambang Naik Merah Itu Pasti
Mahu Ikut Nafsu Sama Atau Sambung Tidur Lagi

Chorus

Taji Nak Dituju 
Perlukan Aturan
Taknak Salah Hala Pekaka Yang Dihunuskan
Tidurku Bertapa, Berlayar Satu Dekad
Bila Cukup Lapar Semua Jalan Jadi Nekad

Sedekad Dah Berlayar
Berbakul Trapi Dah Dihadap
Bagaikan Kudrat Sepuluh Gajah Meresap Masuk Tuk Mengadap
Adaptasi Sejengkal Sarap
Permudahkan Kau Ke Perangkap
Emosi Si Nafsu Nafsi Lahap
Adab Asal Yang Dah Ke Arab
Aku Rabiah Daripada Enam
Bawa Rabiah Dalam Bunga Tujuh
Aku Tarbiyyah Siapa Berani Pejam
Dengan Tarbiyyah Ramai Kena Suluh
Mamai Miang Buluh Perindunya Ramai
Dilibas Bak Badai Buluh Tumpat Sadai
Yang Tersadai Abai Dek Memandai
Kaki Intai Perangainya Murai

Sidai Muka
Asal Pandai Dulu Muda Wangsa
Suka Intai Talam Ribu Rupa
Bawa Cindai Ke Muda Berbangsa

Lalu Hey!
Sidai Rupa
Pura Pura Talam Dua Muka
Dari Muda Dia Mudah Lupa
Bila Sukar Boleh Bagi Suka
Dia Suka

*Ulang Chorus
Yeah Jadi Nekad Yeah Jadi Nekad
Bila Cukup Lapar Semua Jadi Nekad
(Ulang 2x)

-Luca Sikta-
Tujuh Petala Bumi Dan Langit
Dari Gunung Ke Lautan Dalam
Pesuruh Turun Membawa Salam
Kalam Berkisah Segala Silam 
Uh!
Dari Lautan Ke Lembah Curam
Kembara Bekalnya Setia Sumpah
Seri Iring Kemenyan Dan Setanggi
Membara Darah Walau Titis Tumpah

Dendam, Dipendam Nafsu
Nahu Buta, Nawaitu Palsu
Genggam, Di Rejam Amarah
Bagai Keris Tanpa Arah
Yah!
Pantang Undur, Dicabar Jangan
Lantang Jurus, Di Jabar Tangan
Hulubalang Dampingnya Tapat
Salah Tuju Akhirnya Ke Liang Lahad

*Ulang Chorus*
Yeah Jadi Nekad Yeah Jadi Nekad
Bila Cukup Lapar Semua Jalan Jadi Nekad
(Ulang 2x)

-Kmy Kmo-
Kapal Layarku Tak Sangkut Tengkujuh
Layar Ke Samudra Berkurung Kan Tubuh
Senaman Rasa Jiwa
Fahami Rasa Jiwa


Ulang Chorus


Jom layan lagu plak...

VIDEO



--
Apa anda semua fahami di dalam lagu ini. Jom experimen sendiri dengan budi bahasa kita.. Wallahualam.
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS