Damailah Tok Di Sana

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 12, 2020

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Agar lama tidak menulis entri di dalam blog ini. Kerana agak sibuk di dalam minggu lepas. Yang pertama Tok saya (nenek) telah meninggal dunia pada 9 Mac 2020 Bersamaan 14 Rejab 1441 Hijrah. Pada pagi sebelum tok pergi menghadap Ilahi. Saya pergi ke rumah tok untuk memberitahu emak saya untuk pergi ke Bukit Besar Yan, Kedah untuk ziarah Mak Mentua Abang Nombor dua saya . Sampai di rumah tok di muka pintu bilik tok. Keadaan tok sudah nazak, nafas sekerat-kerat. Tidak sanggup melihat keadaan tok sebegitu. Panggil emak Naim dan bersembang di luar rumah, bagitau hendak pergi Bukit Besar bersama Abah Naim. Lebih kurang 8.45 pagi bertolak dari Kepala Batas, Kedah menunggang motor bersama ayahanda tercinta ke Bukit Besar. Mengambil alternatif mengguna jalan bawah (jalan biasa) ke Bukit Besar kerana suasana agar teduh dan tidak panas sangat. 

Jika mengguna jalan lebuh raya , risau kerana lori banyak dan cuaca akan menjadi sangat panas tambah pula, sekarang musim kemarau atau lebih mudah bagi orang utara kata musim timur ( musim kering) . Lebih kurang 9.30 pagi sampai di rumah mak mentua abang saya di Bukit Besar Yan. Duduk di sana lebih kurang 45 minit amik rehat sama huhu.  Lebih kurang 10.35 pagi, beritahu abah Naim supaya segera pulang untuk mengambil emak pula di rumah tok. Setelah bersalaman dengan ayah mentua abang Naim, mula bergerak pulang ke rumah tercinta di Kepala Batas. Masa balik ke kepala batas, mula memulas minyak rasa sekejap pula. huhu. Kalau emak tahu , bawa motor deraih ( laju) sah-sah kena ceramah. Alhamduillah selamat sampai di rumah lebih kurang 11.15 pagi.


Tepat pukul 11.30 pagi, bagitahu abah hendak mengambil emak  di rumah tok  di Kampung Alor Ganu. Kerana biasa emak akan balik rumah untuk mengambil ubat dan pakaian untuk tidur di rumah tok untuk temani tok. Sampai sahaja di rumah tok, berjumpa dengan emak. Emak habaq (bagi tahu)  rasa tak mau balik lagi dan suruh saya amik emak lepas lohor (zohor) kerana keadaan tok macam tak stabil dah. Setelah itu, saya masuk ke bilik tok..Melihat tok  di suap air oleh emak saudara Naim, dan setelah minum , tok bernafas sekerat-kerat. Mata dah berkaca hendak menangis tahan sahaja takut emak Naim menangis sama.  

Setelah keluar di rumah emak. Bagitau emak kata lepas zohor akan mai amik emak dan habaq hendak beli lauk pauk di kedai sahaja kerana tidak larat masak. Semasa hendak keluar dari rumah tok rasa semacam perasaan secara tiba-tiba. Naim tidak layan perasaan sangat, terus balik ke rumah untuk lauk pauk untuk abah. Selesai membeli di kedai berdekatan, terus balik ke rumah . Sampai sahaja di rumah, akak Naim bagitau tok sudah tiada. Ketika itu Naim terkaku. Allah, baru sahaja tadi melihat tok di sana. Terasa cepat sahaja. Selesai menenefon  emak saudara yang berjauhan di kampung. Hatta whatsapp abang yang berada di Bukit Besar. Segeralah pergi ke Alor Ganu.

Jenazah tok di bawa ke masjid Alor Ganu untuk solat jenazah sejurus selesai solat Asar. Alhamduillah segala berjalan lancar. Tok, Embun Binti Ariffin damai lah tok di sana. Insha Allah kami akan menyusul. Semoga Allah lapang kubur seperti taman-taman Raudhah. dan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad .

AL-FATIHAH~

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. turut sedih dengan perkabaran Naim ini.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang berima.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS