Didik Hati Bersabar Ketika COVID-19

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 30, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Sudah bersarapan ke sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama-sama keluarga tercinta. Di samping Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) ini memberi satu anjakan paradigma kepada minda hatta rohani dan jasmani kita secara peribadi. Jangan di lupa u ntuk berselawat kepada Nabi Muhammad, kerana dengan berselawat akan membuat jiwa dan raga kita akan menjadi tenang. Insha Allah. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad. 

Kelmarin Naim ada menukilkan entri Isilah Hari Anda Dengan Berselawat. Naim pun ada cakap nak menukilkan perihal Sabar di dalam keadaan Covid-19 dari pandangan sisi Naim amnya. Sebelum Naim menulis panjang, jom dengan apa kata Habib Ali Zainal Abidin



Sahabat-sahabat semua, apa yang berlaku sekarang adalah satu ujian kepada umat Islam secara amnya untuk mendidik masyarakat lebih bertawakal dan berikhitiar kepada Allah. Secara amnya bukan mudah mendidik jiwa supaya berfikir positif apa yang sedang berlaku sekarang. Semasa wabak sedang merebak ramai tidak mengambil kisah, rasa seperti biasa sahaja, akan tetapi kesan ia menjadi masyarakat lebih berhati-hati. Ini memberi satu perubahan yang sangat drastik. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Selaku umat Islam, kita kena lebih positif dan terus berdoa dan beriktiar #staysafe dan #stayhome mengikut saranan kerajaan. Jangan di lupa untuk solat hajat dan terus berdoa semoga COVID-19 ini segera hapus sebelum bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.  

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS