Detik-Detik Pemergian Ramadhan 1441 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 21, 2020


Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Apa khabar anda semua? Naim harap semua baik-baik belaka. Insha Allah keesokan hari adalah hari terakhir di dalam bulan Ramadhan. Masa sangat cepat berlalu kan sahabat-sahabat semua. Tatkala kita masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ramadhan akan tetap berlalu jua. Macam kata Syeikh Zainul Asri awal-awal Ramadhan datang, Ramadhan adalah tetamu istimewa bagi kita semua.



Tinggal beberapa hari dan masa akan menjadi singkat, jkom tingkatkan amalan soleh seperti berzikir, berdoa hatta bersedekah bulan Ramadhan. Masa ini bukan untuk mencari dunia semata-mata. Akhirat kena ligan jua. Semoga Allah menerima amalan kita semasa bulan Ramadhan 1441 Hijrah.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum, walaupun dalam musim PKP, nampaknya keberadaan Ramadhan terasa sgt sekejap. Rasa mcm dah tak terkejar.. Allahu. Sebak dlm dada.

    BalasPadam
  2. Moga Allah ampunkan dan terima amalan kita di bulan Ramadhan tahun ini. Dan juga Allah izinkan kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan :)

    BalasPadam
  3. rasa sekejap sangat puasa tahun ni..tak puas je rasanya.. sedih laa

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS