Selamat Hari Raya Aidlifitri 1441 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 26, 2020
 


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Hari ini sudah berada 3 Syawal, dengan ini Naim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada sahabat-sahabat blogger semua. Semoga kalian semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta di dalam mood PBPK sehingga 9 Jun 2020. Alhamduillah, Ramadhan 1441 Hijrah baru sahaja berlalu 3 hari lepas, tahun ini sangat terasa sayu kerana tiada solat jemaah di surau hatta masjid asbab saranan kerajaan untuk mengelakkan kluster yang baharu jika membiarkan jemaah pergi ke surau dan masjid.

Ini memberi tamparan sangat hebat kepada ibu bapa kita yang selalu pergi ke surau dan masjid. Akan tetapi, ada hikmah yang Allah memberi kepada kita semua. Bersabar sedikit dan terus berdoa kepada Allah semoga COVID-19 ini segera lenyap di muka bumi. Insha Allah.

Bagaimana suasana pagi raya sahabat-sahabat semua? Macam biasa ka? hehe. Mesti berbeza kan, Hatta malam raya pun terasa sunyi sepi . Jika tidak, malam raya di meriahkan bunyi-bunyi riuh rendah daripada sanak-saudara hatta bunyi mercun dan bunga api . Sebentar lagi Naim cerita bagaimana suasana malam raya hatta di pagi raya di kampung Naim.. 

Selepas solat Maghrib, keluar rumah untuk memasang pelita  menjadi kebiasaan tahun-tahun lepas, seminggu sebelum raya Naim sentiasa pasang pelita  baru nampak kemeriahan hari raya kan. Pada malam itu,  terasa sangat sayu dan kedengaran bunyi-bunyi cengkerik dan belalang bersahut-sahut . Manakala takbir raya pun kedengaran jauh di corong speaker masjid. Malam terasa panjang , jika tidak memang meriah di kala jiran-jiran bermain mercun dan riuh rendah kanak-kanak berlari. Hatta anak saudara Naim pun berjauhan , haha.

Di pagi raya seperti biasa , mengamalkan sunnah hari raya mandi sunat hari raya dan menjamah sedikit makanan, seterus nya solat sunat Aidilfitri bersama ibu bapa tercinta. Selepas solat, kita semua layan tv sahaja. haha.

Ini suasana raya di kampung Naim, sunyi sepi





Bersama-sama kita #stayathome dan #kitamestimenang
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Kat rumah ada dengar bunyi mercun dan meriam buluh.
    Ada raya satu rumah je.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    BalasPadam
  3. wah bestnya sunyi betul kampung.haha
    selamat hari raya :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS