Dua Sahabat Yang Penuh Kisah Menarik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 16, 2020


Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua sahabat-sahabat semua. Pada artikel yang lepas Siapakah Raja?.  Naim mengupas bagaimana Shikamaru memahami siapa Raja  yang ditanya oleh ayah dia. Pada kali ini Naim nak menulis antara dua sahabat yang penuh cerita yang ada 1001 cerita,  Iaitu Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke. Yang episod kehidupan mereka yang penuh suka duka yang mana membuat anda akan terpaku dengan kesungguhan seorang sahabat yang menarik keluar kawan dia daripada kegelapan dunia dan hati yang penuh dendam kesumat.  

Mereka berada di dalam satu kumpulan iaitu Kumpulan 7 bersama-sama  seorang lagi ahli iaitu Haruno Sakura dan guru mereka adalah Hatake Kakashi. Naruto ketika itu berasa geram melihat kekuatan yang ada pada Sasuke dan cuma akan menjadi lebih kuat daripada beliau dan waktu yang sama mahu orang kampung mengakui keberadaan Naruto di dalam kampung tersebut. Bermula dari Akademi Ninja terus peperiksaan Chunnin mereka bermula satu perkara yang akan mengguris perasaan seorang sahabat.




Akhirnya Sasuke membelot kepada kampung Konoha terus mengikuti Rogue Ninja Konoha iaitu Orochimaru. Kerana Orochimaru telah janji memberi kekuatan yang mampu mengalahkan sahabatnya iaitu Naruto. Hampir bertahun-tahun naruto memegang janji untuk membawa kembali Sasuke ke jalan yang benar.  Jom layan video ini :-



" Sebab kau adalah kawan aku " kata-kata Naruto yang meruntuhkan kan ego Sasuke. Naruto boleh di katakan seorang sahabat yang bersungguh-sungguh menyelamatkan jiwa seorang sahabat daripada terus tenggelam di dalam lembah dendam yang dalam. 

Mampukah kita sebagai manusia yang berada di dunia yang moden dan beragama Islam , untuk terus memimpin dan pegang sahabat kita dari terus tenggelam  ke lembah dosa?  Secara jujur kita tidak mampu berbuat demikian termasuk diri ini.  Akan tetapi kita ada senjata yang paling kuat ialah DOA. Dengan doa yang mampu memberi satu perkara yang positif untuk mereka terus yakin dengan kekuatan Allah. 

Rujukan video : youtube mxm production
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. My top favorite anime... walaupun sekadar komik, banyak juga kebaikan & pengajaran boleh ambil dari cite ni. Betul la, kawan ramai boleh dicari, tapi sahabat memang susah dicari...

    BalasPadam
  2. x pernah menonton cerita Naruto. Tapi nampak mcm sedap je.

    BalasPadam
  3. Sasuke taught me that revenge is never the answer. Also, Naruto taught me that to never give up on trying. At last, Naruto berjaya pun bawak balik sasuke. Im so glad for that. Nice post. <3

    BalasPadam
  4. @Jari Boloq Yup bro. Mudahnya mencari kawan dan susah mencari sahabat

    BalasPadam
  5. @Abam Kie memang sedap abam Kie. macam make budu ja haha

    BalasPadam
  6. @izzati日向 ♥ Thank's.. hehe.. Lepas ini ada lagi nak Naim kupas. stay tuned hehe

    BalasPadam
  7. Naruto merupakan cerita yang saya follow paling lama selain daripada Dragon Ball.

    Follow pun dari KREKO sebelum ini. Tapi sejak study dekat IPT, dah berhenti dah baca KREKO, tup tup dah habis Naruto. Haha.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS