pengikut pemudattbc

Rabu, 8 Julai 2020

Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling Tamat



Alhamduillah apabila Datuk Doktor Noor  Hisham Abdullah mengumumkan Kluster Himpunan Tabligh Sri Petaling telah tamat. Ini satu berita sangat mengembirakan buat umat Islam di Malaysia. Pada awal kemunculan kluster ini ramai non-muslim masing-masing menuding jari kepada Jemaah Tabligh.Ini kekuasan Allah kepada umatnya. Oleh itu, bersama-sama kita panjatkan doa semoga COVID-19 ini segera lenyap di muka bumi ini.

Memetik berita dari Sinar Harian :-

kes positif pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac lalu iaitu selepas seminggu berakhirnya perhimpunan tabligh di masjid itu yang berlangsung dari 27 Februari sehingga 1 Mac lalu.

"Kes tersebut adalah pesakit ke-131 dan kes ke-136 yang dikesan di Pahang dan Negeri Sembilan," katanya.

Menurutnya, kluster ini kemungkinan besar berpunca dari luar negara dan kemudiannya menular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran menerusi kontak rapat kes yang positif.

"Penularan jangkitan Covid-19 melalui kluster ini telah menular ke seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, sehingga 8 Julai, seramai 42,023 individu dalam kluster ini telah disaring.

"Daripada jumlah ini, 3,375 kes telah dilaporkan positif," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 17 subkluster dikesan di bawah Kluster Perhimpunan Sri Petaling melibatkan tujuh negeri.

"Seramai 2,550 warga tempatan dan 825 warga asing dari 28 buah negara disahkan positif dalam kluster ini," katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes positif kluster ini adalah tidak bergejala.

"Sebanyak 2,187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif kluster tidak menunjukkan sebarang gejala," katanya.

Tambahnya, seramai 87 pesakit telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Daripada jumlah ini, 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, sebanyak 34 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan kes berkenaan.

"Kematian ini terdiri daripada 31 warga tempatan dan tiga warga asing. Ia juga juga melibatkan 30 pesakit lelaki dan empat wanita," katanya.

Beliau berkata, seramai 3,341 individu telah sembuh.

"Justeru ini menjadikan kadar pesakit yang telah sembuh 98.9 peratus dan tiada lagi kes aktif dalam kluster ini," katanya.

Menyifatkan penamatan kluster ini sebagai hari yang bermakna, Dr Noor Hisham berkata, pencapaian tersebut merupakan kejayaan bersama KKM dan agensi lain.

"Pihak media juga telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh negara.

"Terima kasih juga kepada pengurusan Masjid Sri Petaling dan jemaah tabligh yang memberi kerjasama membantu, mengesan dan membendung serta merawat kes Covid-19," katanya. "


sumber gambar dan rujukan:-

 https://www.sinarharian.com.my/article/91289/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Kluster-Perhimpunan-Sri-Petaling-tamat