Aplikasi MySejahtera Boleh Masukkan Ahli Keluarga Sekali?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 18, 2020


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua? Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Mesti malam-malam begini ramai akan beristirihat kan layan movie dan duduk sebentar sebelum pejam mata. Kembali kepada tajuk asal? Sudah sahabat-sahabat dah install Aplikasi MySejahtera.

Naim harap semua dah install app ini kerana memudahkan urusan kita semua sama ada berada di tempat awam hanya scan QR CODE sahaja. Tak perlu beratur panjang untuk menulis nama dan nombor telefon dan ia menjimatkan masa anda dan pasti ada capaian internet ya. hehe

Untuk makluman anda semua, Aplikasi MySejahtera telah update aplikasi mereka dengan menambah bilangan ahli keluarga kita sama ada ibu bapa hatta anak-anak . Jom kita follow step by step ya...

1) Step Pertama :-


Ok, setelah buka Aplikasi MySejahtera , klik kepada More atau Lain-lain seperti gambar rajah di atas .

2) Step Kedua


Selepas itu, klik kepada Manage Dependents atau Tambah Tanggungan  seperti gambar rajah di atas.

3) Step Ketiga


Dan seterusnya klik pada button di bawah itu yang berwarna biru yang bertulis Add  Dependents atau Tambah Tanggungan seperti gambar rajah di atas.

4) Step Keempat


Selepas itu, boleh masukkan maklumat peribadi ahli keluarga kita seperti gambar di atas dan klik button save/simpan. Jika ahli keluarga kita ramai boleh ulang Step Pertama sehingga Step Keempat. Ini memudahkan urusan kita sama hendak makan di restoran sebagai contoh tak perlu beratur panjang dan wakil ahli keluarga akan scan QR CODE MYSEJAHTERA. 

Dah selesai bagaiman mengisi data peribadi ahli keluarga dan kini bagaimana kita hendak Check-In bersama ahli keluarga kita. Jom follow step by step ya,

1) Step Pertama



Setelah buka Apps MySejahtera boleh klik pada button Check-In seperti gambar rajah di atas.

2) Step Kedua



Selepas itu, boleh tick pada nama-nama yang kita bersama-sama ketika hendak check-in pada satu-satu tempat seperti gambar di atas dan last sekali klik pada button Check-In.

3) Step Ketiga (Akhir)


Gambar di atas merujuk senarai nama yang bersama-sama kita ketika Check-In ketika bersama satu-satu tempat. Ini memudahkan urusan anda bukan? Oleh itu bersama-sama kita install aplikasi ini kerana ia memudahkan segala urusan. Segala perjalanan kita akan tersimpan pada HISTORY.

Akhir kalam, semoga sahabat-sahabat bersama-sama membasmi COVID-19 dengan menjaga diri sendiri, keluarga hatta masyarakat setempat. Dan semoga Allah mengangkat wabak ini ke langit dan menurunkan rahmat dan segera lenyapkan wabak ini di muka bumi.

rujukan dan sumber gambar: Telegram Majlis Keselamatan Negara

SHARE 25 comments

Add your comment

  1. bagus sistem ni..mudah utk urusan pusat tuisyen saya..

    BalasPadam
  2. senang mcm ni..takyah sorg2 nak scan and jimat masa and tak crowded tggu

    BalasPadam
  3. nice sharing utk mereka yg xthu. Ida sndiri pun tak upload app ni selalunya tulis je kalau ke mana2..hehe

    BalasPadam
  4. hari tu viral kat facebook pasal sharing ahling keluarga dalam mysejahtera..so cepat2 sis isi..senang sgt kalau ada macam ni..satu keluarga just scan satu jer kan

    BalasPadam
  5. Senang kan bila boleh masuk maklumat anak

    BalasPadam
  6. I already have my sejahtera apps. Tapi x tahu pula boley register keluarga sekali. Thank you for sharing the steps.

    BalasPadam
  7. Bagus untuk family besar dan memudahkan orang lain juga. Kurangkan masa menunggu. Thanks share tutorial!

    BalasPadam
  8. Dah buat haritu masa nampak viral kat Facebook. Bukan anak-anak je boleh, suami ke mak bapak semua boleh.

    BalasPadam
  9. saya ada mysejahtera pon, internet pula selalu tkde..hahah

    BalasPadam
  10. seronok guna apps ni, akak siap berlumpa-lumba dengan kawan check in guna apps my sejahtera nih....yup yang paling best ada history

    BalasPadam
  11. Tak buat lagi. Hihi. Tenkiu share cara isi. Bolehla isi nanti

    BalasPadam
  12. sangat efisien kan aplikasi Mysejahtera nie. senang dan mudah. tak payah tulis2 nama lagi lepas nie

    BalasPadam
  13. Mudahkan... Sis dah sesiap isi dah ..senang mudahkan kita sekali scan aje..tapi kadang, Sis suruh juga family scan...

    BalasPadam
  14. Mmg tahu ttg apps ni. Mmg menarik. Senang sbb boleh masukkan sekali ahli keluarga

    BalasPadam
  15. I pun dah download app ni dalam my handphone, ke mana mana jer kena scan.

    BalasPadam
  16. Oh thanks for sharing the tips using Aplikasi MySejahtera. I nak add family member inside also la

    BalasPadam
  17. yes, kebetulan hari tu terfikir, anak-anak ni macam mana sebab mak ayah je dok scan-scan. diorang mana ada telefon lagi. so, terjumpa cara ni dan terus buat. senang kerja.

    BalasPadam
  18. wah baguslah macam ni kan boleh tambah nama ahli keluarga.Nanti iena add..thanks for sharing

    BalasPadam
  19. Bagus peningkatan demi peningkatan dan kemudahan dalam masyarakat untuk menggunakan aplikasi MySejahtera ni kita pun selalu masuk mana-mana tempat akan daftar kat sini jer senang semua orang boleh daftar sekali satu keluarga...

    BalasPadam
  20. tak semua orang tahu macam mana nak add senarai ahli keluarga kita.. thanks for sharing the info..

    BalasPadam
  21. Laaa boleh tambah tanggungan rupanya. Tak pernah explore pun sampai situ. Dok fikir la macam mana kalau bawak anak bila kita scan nama kita je. ok boleh buat la lepas ni. Tq share!

    BalasPadam
  22. Lagi mudah cara ni, tak perlulah satu-satu nak install dan register MYsejahtera ni. Sebenarnya, saya pun baru tahu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. semoga bermnafaat kepada anda ya.. :) stay safe

      Padam
  23. oh i didnt explore about this.. thank you so much for sharing.. doing it now!!

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS