Jom Pasang Bendera Malaysia- Tanda Kecintaan Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 13, 2020


Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada sahabat-sahabat Naim semua. Naim harap kalian semu baik-baik semua, bersama keluarga tercinta. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad kerana berkat berselawat kepada Nabi, semoga di akhirat kelak kita semua akan mendapat syafaat dari Baginda, Insha ALlah.

Sekarang kita berada di bulan Kemderkaan iaitu Bulan Ogos. Saban tahun ,setiap 31 Ogos kita semua menyambut Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini sudah 63 tahun kita sudah mencapai kemerdekaan. Dah paling menarik pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan di dalam melawan Pendemik Covid-19.



Tema Kemerdekaan pada tahun ini adalah MALAYSIA PRIHATIN. Tema kali ini mengenangkan bagaimana  rakyat Malaysia berjuang membasmi COVID-19 merebak dan tidak di lupa para Frontliner yang tertungkus lumus memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat dan negara tatkala negara berjuang menentang COVOD-19 ini.

Oleh itu, Marilah kita pasang bendera Malaysia di rumah, kedai, pejabat hatta di kenderaan anda . Dengan ini bangkit semangat patriotik di dalam jiwa jiwa kira semua. Mencintai negara adalah salah satu kewajipan setiap warganegara sesebuah negara kita. Jika sikap ini , Insha Allah negara Malaysia akan terhindar daripada segala masalah dan semoga Allah memelihara Malaysia daripada kedengkian para musuh-musuh yang ada di muka bumi ini.

Merdeka x3!



sumber gambar :- https://www.permohonan.my/public_contents/uploads/2018/04/Malaysia-Prihatin-Logo-.png

SHARE 5 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS