Kluster Tawar- Kluster Baharu Di Kedah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 13, 2020


KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang kebanyakannya bertumpu di Mukim Tawar, Kedah telah dikenalpasti. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9113) adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang peniaga.

Beliau mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020. Upacara ini dianggarkan telah dihadiri seramai 30 orang. Pada 8 Ogos 2020, beliau mula mengalami sakit dada serta gejala demam dan telah segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 dijalankan pada 9 Ogos 2020 dan dikesan positif pada 11 Ogos 2020.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 13 Ogos 2020, 86 kontak rapat beliau telah disaring yang termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak. Daripada jumlah ini:
• 9 kes dikesan positif COVID-19;
• 21 negatif; dan
• 56 masih menunggu keputusan.

Kesemua kes baharu kluster ini adalah ahli keluarga beliau, di mana 3 kes didapati mempunyai gejala. 9 daripada kes positif termasuk kes pertama mempunyai sejarah menghadiri upacara sembahyang kematian tersebut.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan. Langkah langkah pencegahan dan pembendungan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di lokasi lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.


sumber : facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10157295431091237/?type=3&theater  )
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. this one yg detect dekat hospital penang tu kan?

    BalasPadam
  2. Risau betul dengan kehadiran kluster2 baru ni kan naim

    BalasPadam
  3. lahai... bahayanya...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS